Utusan Borneo (Sabah)

Sabah raih 6 kejuaraan

Kejohanan Badminton 100 Plus Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A (Pusingan Ke-2)-Sabah 2018

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Sabah dan Pulau Pinang masingmasi­ng meraih enam gelaran juara di Kejohanan Badminton 100 Plus Sirkit Remaja Kebangsaan Zon A (Pusingan Ke-2)-Sabah 2018.

Kejuaraan milik Sabah dimenangi menerusi acara beregu lelaki 16 tahun ke bawah gandingan Fong Kua Yoong-Samin Demond Anthony, perseorang­an lelaki 14 tahun ke bawah (Andrew Aguwell), beregu lelaki peringkat 14 tahun ke bawah (Andrew Aguwell/Elvestly Daniel Edry), perseorang­an perempuan 16 tahun ke bawah (Arena Satu Samin), perseorang­an perempuan 14 tahun ke bawah (Goh Shuen Tong) dan beregu perempuan 14 tahun ke bawah (Goh Shuen Tong/ Melody Wong Jin Ning).

Kejuaraan milik Pulau Pinang pula diperoleh menerusi perseorang­an lelaki 16 tahun ke bawah menerusi pemain bukan pilihan Samuel Lee, perseorang­an lelaki 12 tahun ke bawah (V. Tamilarasu­kumar), beregu lelaki 12 tahun ke bawah (Tamilarasu­kumar/Koay Boon Chuan), beregu perempuan 16 tahun ke bawah (Ho Lo Ee/Tan Zhing Yi), perseorang­an perempuan 12 tahun ke bawah (Tan Zhing Hui) dan beregu perempuan 12 tahun ke bawah (Hazel Chang Shu Ning/Tan Zhing Hui).

Seramai 182 pemain melibatkan 219 penyertaan mewakili lima negeri termasuk Pahang, Perlis dan Perak bersaing di kejohanan lima hari itu yang berakhir di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK), Likas pada Ahad.

Melalui jumlah penyertaan, perseorang­an lelaki 16 tahun kebawah menerima penyertaan teramai dengan 30 peserta diikuti perseorang­an lelaki 14 tahun kebawah dengan 26 penyertaan dan perseorang­an lelaki 12 tahun kebawah dengan 25 penyertaan.

Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) Janih Bangud ditemui sebaik kejohanan berakhir memberitah­um kejohanan itu merupakan medan untuk memilih pemain-pemain terbaik beraksi di Grand Prix Akhir Kebangsaan yang akan berlangsun­g di Negeri Sembilan bermula 4-8 Julai.

 ??  ?? NAIB Presiden SBA John Baru (dari kanan) dan Janih bersama para pemain Sabah merai kejayaan di Kejohanan Badminton 100 Plus Sirikit Remaja Kebangsaan Zon A (Pusingan Ke-2)-Sabah 2018 yang berakhir di Dewan Serbaguna, KSKK, Likas pada Ahad.
NAIB Presiden SBA John Baru (dari kanan) dan Janih bersama para pemain Sabah merai kejayaan di Kejohanan Badminton 100 Plus Sirikit Remaja Kebangsaan Zon A (Pusingan Ke-2)-Sabah 2018 yang berakhir di Dewan Serbaguna, KSKK, Likas pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia