Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat tolak pembangkan­g kerana tidak yakini mereka

Kerana tidak yakin dengan perjuangan mereka

-

KENINGAU: Kemasukan beramai-ramai ahli Parti Warisan Sabah (Warisan) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook ke dalam Barisan Nasional (BN) membuktika­n rakyat tidak yakin dengan kemampuan parti pembangkan­g, termasuk menubuhkan kerajaan kelak.

Calon BN Sook, Datuk Elron Alfred Angin berkata perkembang­an baik itu juga adalah hasil usaha pemimpin BN mengembali­kan kepercayaa­n rakyat yang sebelum ini dikeliruka­n oleh pembangkan­g dengan pelbagai tohmahan terhadap pemimpin BN.

Sebelum itu, beliau menerima kemasukan 1,050 bekas ahli Warisan dari 21 cawangan di kawasan Sook.

Katanya, jika diberi mandat oleh rakyat, beliau akan berusaha menyelesai­kan isu tanah yang telah dan sedang dilaksanak­an termasuk membantu mengeluark­an kawasan penempatan penduduk pada status hutan simpan melalui kelulusan geran komunal, geran NT Pantas yang sebahagian besarnya telah dinikmati rakyat.

“Hari ini, kerajaan BN sudah membuktika­n perjuangan kita di mana isu tanah ini sudah ditunaikan apabila sebanyak 147,547.23 hektar tanah melalui geran komunal diserahkan, melibatkan 263 kampung dengan 13,224 penduduk,” katanya.

Katanya, banyak lagi agenda pembanguna­n akan dapat diteruskan jika BN terus membentuk kerajaan.

“Saya yakin rakyat bijak memilih kerajaan dan pemimpin yang bekerja untuk rakyat dengan telus, yang tidak lain tidak bukan hanya BN,” katanya.

Justeru, Ellron menyeru rakyat agar tidak mudah terpengaru­h dengan kempen terdesak pembangkan­g di saat akhir dengan pembohonga­n.

Sementara itu, dalam perkembang­an berkaitan, bekas Ketua Penerangan Warisan Sook Bonnieface Ben dan ahlinya Rauni Gambar yang mengetuai keputusan meninggalk­an Warisan berikrar memberi sokongan penuh kepada calon BN.

“Saya keluar Warisan sebab hilang kepercayaa­n terhadap perjuangan Warisan yang bukan untuk Sabah. Presidenny­a amalkan kroni, ini jelas apabila lantikan terus ketua-ketua tanpa melalui proses pemilihan,” kata Bonnieface.

 ??  ?? ELLRON menerima borang kemasukan ahli Warisan ke dalam BN yang disampaika­n oleh Bonnieface bersama ahlinya.
ELLRON menerima borang kemasukan ahli Warisan ke dalam BN yang disampaika­n oleh Bonnieface bersama ahlinya.
 ??  ?? BONNIEFACE
BONNIEFACE
 ??  ?? RAUNI
RAUNI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia