Utusan Borneo (Sabah)

Komuniti peladang berikrar menangkan semua calon BN

Komuniti peladang ikrar menangkan semua calon BN

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

PITAS: Koridor utara Sabah berpotensi membangun sebagai wilayah ekonomi baharu terutama dalam sektor perladanga­n, perikanan dan agropelanc­ongan, kata Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk Mohd Nazri Abdullah.

Beliau berkata sehingga kini, koridor utara Sabah yang meliputi daerah Kudat, Kota Marudu, Matunggong dan Pitas sudah menikmati kemajuan serta pembanguna­n di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sehubungan itu katanya, kemenangan perlu diberikan kepada calon-calon BN di ka- wasan wilayah utara ini dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi membolehka­n agenda pembanguna­n ekonomi bertambah rancak.

“Kemenangan BN di kawasan utara penting supaya kerajaan dapat terus memperheba­tkan usaha membangunk­an kawasan ini sebagai wilayah ekonomi baharu,” katanya.

Beliau berucap pada program Muafakat Peladang anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), PPNS dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pitas, di sini. Hadir sama ialah calon BN bagi DUN Pitas Datuk Bolkiah Ismail.

Nazri yang juga timbalan pengerusi Nafas berkata masyarakat peladang dari beberapa PPK di kawasan wilayah utara ini antara yang aktif melaksanak­an program sosioekono­mi, malah menjadi perintis penanaman pisang saba.

Katanya, dengan gabungan usaha ahli peladang menerusi PPK, kawasan wilayah utara Sabah boleh menjadi pengeluar utama pelbagai produk makanan bagi pasaran tempatan dan eksport.

Sehubungan itu, beliau mengulangi komitmen komuniti peladang memberikan sokongan padu kepada semua calon BN di kawasan utara Sabah bagi memastikan kesinambun­gan agenda pembanguna­n.

Pengerusi PPNS

“Sebagai kumpulan terbesar di peringkat akar umbi, komuniti peladang penternak dan nelayan merupakan suara majoriti yang menentukan kemenangan BN,” katanya.

Beliau berkata sokongan peladang kepada kepimpinan kerajaan BN selama ini bukannya tidak berasas, sebaliknya bersandark­an kepada prinsip membalas budi kerajaan yang banyak membantu peladang selama ini.

“Sebagai mengenang budi kerajaan yang banyak membantu peladang, maka kita akan terjemahka­n kenangan itu dalam bentuk undi pada PRU14 ini,” katanya.

Kemenangan BN di kawasan utara penting supaya kerajaan dapat terus memperheba­tkan usaha membangunk­an kawasan ini sebagai wilayah ekonomi baharu.

 ??  ?? NAZRI dan Anita menyampaik­an bantuan kepada seorang warga emas.
DATUK MOHD NAZRI ABDULLAH
NAZRI dan Anita menyampaik­an bantuan kepada seorang warga emas. DATUK MOHD NAZRI ABDULLAH
 ??  ?? PENYAMPAIA­N replika cek bagi bantuan khas padi bukit oleh Mohd Nazri kepada Ng sempena program Muafakat Peladang itu.
PENYAMPAIA­N replika cek bagi bantuan khas padi bukit oleh Mohd Nazri kepada Ng sempena program Muafakat Peladang itu.
 ??  ?? NAZRI (kiri) menyampaik­an replika cek bernilai RM274,800 Bantuan Khas Pesawah Bagi Daerah Pitas Sementara Menunggu Hasil Tuaian Padi 2018 pada majlis berkenaan.
NAZRI (kiri) menyampaik­an replika cek bernilai RM274,800 Bantuan Khas Pesawah Bagi Daerah Pitas Sementara Menunggu Hasil Tuaian Padi 2018 pada majlis berkenaan.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N cenderamat­a oleh Pengerusi PPK Pitas Datuk Ng Loi Tet kepada Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Anita Haji Misuari.
PENYAMPAIA­N cenderamat­a oleh Pengerusi PPK Pitas Datuk Ng Loi Tet kepada Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Anita Haji Misuari.
 ??  ?? SEBAHAGIAN tetamu yang hadir memeriahka­n program Muafakat Peladang itu.
SEBAHAGIAN tetamu yang hadir memeriahka­n program Muafakat Peladang itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli peladang dan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
SEBAHAGIAN ahli peladang dan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia