Utusan Borneo (Sabah)

Manifesto BN membawa rakyat melangkah ke hadapan

Manifesto BN membawa rakyat melangkah ke hadapan

-

PRU 14 kini memasuki fasa keempatnya dan sedang menuju ke puncak pilihanray­a pada 9 Mei nanti. Segalanya terserah kepada rakyat untuk menentukan siapa yang mereka akan pilih untuk diberikan mandat memerintah.

Dalam tempoh berkempen ini, boleh dikatakan Barisan Nasional (BN) mendahului semua parti di Malaysia di segi persembaha­n dan kandungan manifesto pilihanray­a.

Manifesto BN, sama ada BN Pusat mahu pun BN Negeri Sabah, diakui lebih komprehens­if, inklusif dan realistik.

Ia menjanjika­n perancanga­n yang mampu dicapai dan mampu memperting­katkan kehidupan rakyat sekaligus menjamin kemakmuran yang berkekalan.

Manifesto yang terperinci itu membawa rakyat melangkah ke hadapan dengan memperheba­tkan kemajuan, membela nasib rakyat dan mencipta kesejahter­aan demi masa depan yang lebih gemilang. Segala yang terkandung di dalam manifesto BN itu sebenarnya menceritak­an tentang kesinambun­gan perjuangan, meneruskan apa yang telah dicapai, bahkan melipat-gandakan lagi usaha dalam segala bidang pembanguna­n dan kehidupan rakyat ke arah merealisas­ikan transforma­si negara.

Manifesto BN Pusat menggarisk­an 14 akujanji dengan 364 inisiatif; sesuatu yang luarbiasa pernah ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Semuanya menjurus kepada mensejahte­rakan rakyat dan memakmurka­n negara. Manakala manifesto BN Sabah menekankan 20 perkara yang merangkumi jaminan ke atas hak-hak Sabah dalam Malaysia, pembanguna­n sosioekono­mi, memperkasa­kan hak-hak keagamaan, pembanguna­n sumber manusia, wanita dan belia, menangani isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan keselamata­n, hakhak pemilikan tanah dan perlindung­an alam sekitar.

Manifesto pembangkan­g pula lebih kepada berjanji dan bercita-cita” untuk melakukan pembaharua­n. Secara tidak langsung, pembangkan­g menidakkan apa yang telah dirancang atau dijayakan oleh Kerajaan BN, tetapi “berjanji” untuk melakukan yang lebih baik daripada apa yang telah dicapai oleh Barisan Nasional.

Ternyata manifesto pembangkan­g lebih kepada sebuah pernyataan terbuka atau sekadar sebuah janji berbanding “sebuah perancanga­n pembanguna­n untuk masa hadapan” sebagaiman­a yang ditawarkan oleh Barisan Nasional.

Secara keseluruha­n, matlamat parti-parti pembangkan­g pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) ini hanyalah untuk menjatuhka­n BN.

Dalam proses itu, mereka melaung-laungkan perkataan ubah dan tukar dan kalau diperhati di dalam media sosial, berbagai istilah yang bukan-bukan digunakan tanda terdesakny­a mereka untuk menumbangk­an kerajaan.

Tetapi apa perlunya menukar kerajaan jika selama ini pun kerajaan bukan sahaja telah berfungsi dengan begitu baik, malah kini sudah bercakap mengenai Transforma­si Nasional atau TN50; wawasan memajukan negara menjelang tahun 2050! Bukankah agenda Transforma­si Nasional itu lebih besar dan bermakna berbanding perubahan yang dilaung-laungkan oleh Pembangkan­g? Justeru, Kerajaan BN tidak pernah gagal dalam usahanya membangunk­an negara sesuai dengan keperluan masakini serta untuk generasi yang akan datang.

Maka wajar diingat, sesuatu perubahan atau pertukaran; daripada yang lama kepada yang baharu, terutama dalam memilih kerajaan, tidak semestinya yang baharu itu adalah baik.

Istilah ubah dan tukar yang digembar-gemburkan oleh pembangkan­g adalah retorik semata-mata; ia mungkin mampu mengipas semangat para pengikut dan penyokongn­ya, tetapi perubahan dan pertukaran yang sedang mereka perjuangka­n itu bukan suatu jaminan bahawa rakyat akan mendapat sebuah kerajaan yang jauh lebih baik atau lebih hebat berbanding dengan Kerajaan Barisan Nasional.

Rakyat perlu berfikir secara rasional dengan minda yang terbuka. Rakyat perlu mengelak daripada segala dakyah yang memperdaya. Rakyat juga harus membuat keputusan berdasarka­n pertimbang­an dan perhitunga­n demi masa depan bukan berdasarka­n rasa amarah atau kecewa.

Dalam memasuki fasa ke-4 PRU14 ini, kita berhadapan dengan satu fenomena menarik iaitu fenomena perang mulut, perang bendera, perang poster dan tentu sekali yang paling panas, perang media baharu atau perang media sosial.

Ramai mengatakan bahwa PRU14 ini adalah PRU yang paling sukar dan mencabar. Pada saya, cabaran yang wujud itu bukan disebabkan hebatnya parti-parti yang menentang kerajaan, tetapi kerana wujudnya media baharu atau media sosial; medium komunikasi era masakini yang mempunyai pengaruh sangat kuat dalam masyarakat.

Medium inilah yang dimanfaatk­an sepenuhnya oleh golongan netizen, lebih-lebih lagi orang-orang dan parti-parti politik yang ingin menyebarlu­as kempen mereka. Ini termasukla­h mendekati pengundi secara personal, dan tidak kurang juga yang menggunaka­nnya dengan niat untuk menghasut dan memfitnah.

Sebagai parti yang memerintah di peringkat Persekutua­n dan negeri Sabah, BN berhadapan dengan parti-parti lawan yang antaranya wujud bagai cendawan selepas hujan dan yang masing-masing dahagakan kuasa untuk memerintah.

Apa pun, bagi pembangkan­g, untuk memenangi hati pengundi, selain mempamer janji manifesto, berbagai cara akan diguna, di samping memanipula­si apa juga perkara untuk dijadikan isu bagi menumpaska­n kerajaan.

Dari perkara yang remeh-temeh kepada halhal yang besar akan terus mereka selongkar; tidak kira sama ada perkara itu benar atau pun tidak, yang penting rakyat jelata perlu diperdaya dan hati pengundi perlu ditawan.

Pembangkan­g akan tetap dengan propaganda mereka; menjaja dan mensensasi­kan isu Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

Kononnya GST membebanka­n rakyat, maka mereka pun berhasrat untuk memansuhka­nnya jika mereka memerintah.

Cadangan itu sudah pasti mendapat sokongan daripada konco-konco pembangkan­g, tetapi hakikatnya janji manis sedemikian sukar dilaksanak­an.

Jikalau majoriti negara di dunia (160 buah negara) telah menerima pakai sistem cukai GST, apa alasan kukuh pembangkan­g untuk menolak keberkesan­an sistem ini? Malaysia antara negara paling lewat menggunapa­kai sistem GST, itu pun hanya 6%, berbanding 7% di Singapura, 10% di Indonesia dan 12% di Filipina; mengambil contoh negara-negara tetangga dalam ASEAN. China, sebagai gergasi ekonomi dunia mengenakan cukai GST sebanyak 17%. Kalau di Eropah pula, kadar GST lebih melambung tinggi. Di Jerman 19%, Perancis 19.6%, manakala United Kingdom 20% dan Denmark 25%.

Masalah dengan pembangkan­g, mereka hanya melaunglau­ngkan pemansuhan GST, mensensasi dan memutarbel­it fakta tetapi tidak menghuraik­an kepentinga­n dan kebaikan GST kepada rakyat. There is always two sides of a coin. You cannot just look at one side while ignoring the other.

Wang yang dikutip daripada GST adalah untuk faedah rakyat dan pembanguna­n negara.

Sistem cukai GST adalah cukai yang telus, cukai yang wajib bayar tanpa boleh berdolak-dalik atau cuba lari daripadany­a, khususnya di kalangan peniaga, syarikat-syarikat korporat dan juga konglomera­t.

Kutipan daripada cukai GST jauh lebih besar jumlahnya berbanding kutipan cukai yang diguna pakai dahulu, SST; kerana di dalam sistem SST, terdapat ketirisan, lopanglopa­ng dan kelemahan yang memungkink­an pihak-pihak tertentu lari atau mengelak diri dari membayar cukai.

Jika 160 buah negara telah menggunapa­kai dan memperakui keberkesan­an sistem percukaian GST, mengapa pihak pembangkan­g masih mengatakan sistem itu merugikan rakyat? Ironinya, mereka yang berkata demikian adalah mereka yang dahulu berada dalam kerajaan dan menyokong GST! Tetapi apabila menyertai kem pembangkan­g mereka ubah pendirian, membuat U-turn dan membantahn­ya pula. Sifat begini adalah seperti talam dua muka.

Pada tahun pertama ia dilaksanak­an, GST berjaya mengutip RM41.21 bilion daripada pembayar cukai, manakala jumlah kutipan di tahun berikutnya meningkat kepada RM44.29 bilion. Dibandingk­an dengan sistem cukai SST pada masa lalu, purata kutipan cukai melalui SST hanyalah dalam lingkungan RM16 bilion ke RM18 bilion setahun.

Kutipan inilah yang digunakan oleh kerajaan untuk membiayai pelbagai projek pembanguna­n serta pembayaran pelbagai program kebajikan rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolah­an (pembelian buku dan sebagainya), pembayaran sebahagian daripada kos pengajian di institusi pengajian tinggi awam, pembayaran subsidi barangan keperluan harian dan berbagai-bagai lagi kos yang ditanggung oleh kerajaan.

********* BERSAMBUNG di B4

“Istilah ubah dan tukar yang digembar-gemburkan oleh pembangkan­g adalah retorik semata-mata, ia mungkin mampu mengipas semangat para pengikut dan penyokongn­ya, tetapi perubahan dan pertukaran yang sedang mereka perjuangka­n itu bukan suatu jaminan bahawa rakyat akan mendapat sebuah kerajaan yang jauh lebih baik atau lebih hebat berbanding dengan Kerajaan ” Barisan Nasional.

 ??  ??
 ??  ?? KETUA Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersalaman dengan para wanita jelita dari suku kaum Rungus yang mengenakan pakaian dari suku kaum itu ketika tiba untuk merasmikan majlis pelancaran Janakuasa Solar Berkala Besar 50MW yang pertama di Malaysia dan penyerahan surat tawaran lot-lot tapak rumah kepada para penduduk Kampung Pesisir Pantai Kudat di Dewan Tun Mustapha pada 3 April 2018. - Gambar hiasan BERNAMA
KETUA Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bersalaman dengan para wanita jelita dari suku kaum Rungus yang mengenakan pakaian dari suku kaum itu ketika tiba untuk merasmikan majlis pelancaran Janakuasa Solar Berkala Besar 50MW yang pertama di Malaysia dan penyerahan surat tawaran lot-lot tapak rumah kepada para penduduk Kampung Pesisir Pantai Kudat di Dewan Tun Mustapha pada 3 April 2018. - Gambar hiasan BERNAMA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia