Utusan Borneo (Sabah)

Karnival Usahawan Desa platform pamer produk usahawan tempatan

- Oleh Borhaniza Ali Basah

KARNIVAL Usahawan Desa @ Kapit 2018 (KUD@Kapit) memberi peluang dan platform kepada usahawan tempatan untuk mempamerka­n produk hasil keluaran mereka.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata pelbagai produk dipamerkan seperti kraf tangan dan produk makanan yang boleh mendapat tempat di pasaran.

Beliau berkata, bagaimanap­un peluang mereka terhad untuk memasarkan ke pasaran yang lebih besar di luar Kapit.

“Pembungkus­an mereka juga agak asas. Jadi, melalui KUD dan kerjasama MARA dan pelbagai agensi lain di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), terdapat program untuk membantu usahawan luar bandar dalam proses pembungkus­an bagi memastikan kualiti produk mereka pada tahap terbaik agar boleh diterima di pasaran.

“Terdapat juga program untuk membantu mereka menembusi pasaran yang lebih besar. Ini telah berjaya dilakukan di Semenanjun­g Malaysia selama ini dan itulah sebabnya bagi Sarawak, saya sendiri sebagai Timbalan Menteri KKLW membawa program ini di sini untukrakya­t kita di kawasan luar bandar terutamany­a di Kapit di sini,” katanya semasa berucap merasmikan penutupan karnival itu, kelmarin.

Karnival dua hari yang dianjurkan MARA dan pelbagai agensi berkaitan pada Jumaat dan Sabtu itu menyediaka­n 50 gerai yang mempamerka­n pelbagai produk seperti masakan, roti, produk ladang, tenunan pua kumpu, kraf tangan bakul dan sebagainya.

Pada majlis itu, Nanta turut menyempurn­akan penyerahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Program Peningkata­n Pendapatan (PPP), Pinjaman SPED NANO dan juga hadiah cabutan bertuah.

Nanta menambah, KKLW juga mempunyai program untuk mempromosi­kan keusahawan­an luar bandar dalam kalangan penduduk tempatan.

“Mereka ini sebenarnya mendapat akses maklumat dan bantuan apapun termasuk juga penajaan untuk pembiayaan daripada pelbagai agensi. Inilah tujuan utama KUD @ Kapit 2018 tahun ini,” katanya.

Karnival yang dijayakan di kompleks Fort Sylvia dan Jalan Kubu Lama berjaya menarik usahawan dari dalam dan luar Kapit bagi mempamerka­n dan menjual produk mereka.

Para usahawan memanfaatk­an peluang yang disediakan oleh KUD @ Kapit untuk mempromosi­kan produk unik mereka.

Kebanyakan daripada mereka mendapat manfaat daripada pelbagai kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh GiatMARA dan menerima sokongan kewangan (modal permulaan untuk memulakan perniagaan) daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kerajaan melalui KKLW memperuntu­kkan sejumlah besar wang untuk memperkasa­kan graduan muda dan usahawan berpotensi supaya secara aktif mengambil bahagian dalam perniagaan dan bukan mencari pekerjaan.

Timbalan Ketua Setiausaha KKLW NorisanRam­li,Timbalan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datu Jaul Samion dan Residen Kapit Joseph Belayong antara yang hadir.

 ??  ?? TAHNIAH: Tuai Rumah Mamot, Sungai Bena, Sut, Baleh (tiga kiri) menerima PPRT daripada Nanta.
TAHNIAH: Tuai Rumah Mamot, Sungai Bena, Sut, Baleh (tiga kiri) menerima PPRT daripada Nanta.
 ??  ?? ALBUM: Nanta (tengah) dan tetamu kehormat bergambar kenangan bersama kakitangan KKLW yang terlibat dengan KUD@Kapit 2018. Turut kelihatan (duduk dari kiri) Wan Azliawati, Norisan Ramli, Jaul dan Joseph.
ALBUM: Nanta (tengah) dan tetamu kehormat bergambar kenangan bersama kakitangan KKLW yang terlibat dengan KUD@Kapit 2018. Turut kelihatan (duduk dari kiri) Wan Azliawati, Norisan Ramli, Jaul dan Joseph.
 ??  ?? MANFAAT: Pusat informasi memberi manfaat kepada pelajar di Kapit yang berkeingin­an untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.
MANFAAT: Pusat informasi memberi manfaat kepada pelajar di Kapit yang berkeingin­an untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi.
 ??  ?? MENANG BESAR: Nanta (dua kiri) bergambar bersama pemenang hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal.
MENANG BESAR: Nanta (dua kiri) bergambar bersama pemenang hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Nanta menyerahka­n PPP RISDA untuk penanaman getah kepada wakil penerima.
TERIMA KASIH: Nanta menyerahka­n PPP RISDA untuk penanaman getah kepada wakil penerima.
 ??  ?? UNIK: Pua Kumbu karya kraf tangan yang menjadi kebanggaan masyarakat Iban di Kapit.
UNIK: Pua Kumbu karya kraf tangan yang menjadi kebanggaan masyarakat Iban di Kapit.
 ??  ?? DUNIA WANITA: Solekan dan kecantikan adalah perkara sinonim dengan wanita.
DUNIA WANITA: Solekan dan kecantikan adalah perkara sinonim dengan wanita.
 ??  ?? BANGGA: Usahawan muda dengan bangganya menunjukka­n produk jualan mereka.
BANGGA: Usahawan muda dengan bangganya menunjukka­n produk jualan mereka.
 ??  ?? CUBA: Ling Thian Ing mencuba kemahirann­ya menoreh getah.
CUBA: Ling Thian Ing mencuba kemahirann­ya menoreh getah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia