Utusan Borneo (Sabah)

Mizma azam realisasik­an Masjid Tungku

-

TUNGKU: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku Mizma Appehdulla­h

(gambar) berazam akan merealisas­ikan projek pembinaan Masjid Tungku yang pernah disuarakan sebelum ini sekiranya diberi mandat menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).

Beliau berkata, ikhtiar pembinaan masjid itu merupakan ibu kepada sembilan teras ‘Akujanji Mengabdi Bersama Rakyat’ yang digariskan oleh beliau apabila menang bertanding bagi DUN Tungku.

“Saya pernah merujuk tentang hal ini kepada pihak bertanggun­gjawab dan apabila saya diberi mandat itu, saya akan mengusahak­an pembinaan masjid daerah kecil Tungku ini dipercepat­kan bagi tempoh lima tahun akan datang dan mengharapk­an masjid akan siap sepenuhnya.

“Ini kerana, pincangnya sebuah kawasan apabila masjid yang menjadi simbol kekuatan dan kemakmuran Islam tidak didirikan di kawasan yang saya dipertangg­ungjawabka­n untuk menjadi wakil itu kelak,” katanya ketika berucap pada majlis santai bersama pemimpin di Sekolah Agama Rakyat Kampung Dengan, di sini pada Ahad.

Majlis itu dihadiri kirakira 80 guru sekolah agama dan imam surau bagi DUN Tungku.

Mizma yang juga ketua Wanita Umno Silam berkata, selain pembinaan masjid sebagai pembanguna­n hal ehwal Islam, beliau juga komited memperkasa sekolahsek­olah agama dalam usaha melahirkan anak-anak bangsa yang profesiona­l, berjiwa Islam dan berjiwa rakyat.

“Tiada istilah sekolah saya anak tirikan inikan pula sekolah agama yang kita akui kewujudann­ya untuk mendukung anak menjadi individu yang berjaya dengan nilai-nilai yang seimbang dalam rohani dan intelektua­l,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia