Utusan Borneo (Sabah)

SAMBUNGAN B2

-

Pendek kata, kutipan GST ini dipulangka­n semula kepada rakyat dalam bentuk skim-skim bantuan daripada kerajaan.

Tinggi kadar kutipan tinggi jugalah kadar yang dikembalik­an.

Maknanya, jika ditakdirka­n pembangkan­g memerintah, mana mungkin mereka sanggup memansuhka­n sistem GST kerana sistem percukaian inilah yang dianggap terbaik di dunia untuk menambah sumber pendapatan kerajaan bagi mentadbir negara.

Sementara itu, adalah tepat pada masanya Akta Anti-berita Tidak Benar atau Akta Berita Palsu (Fake

News) diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuas­akan.

Jika tidak, PRU-14 ini akan menjadi medan pertempura­n perebutan kerusi yang dicemari dengan cerita-cerita dusta, tuduhan konspirasi, putar-belit dan drama-drama pembohonga­n yang melampau.

Ini termasukla­h character

assassinat­ion, memburukbu­rukkan individu tertentu, mencaci, menghina malah memakihamu­n.

Semua itu adalah ciri-ciri politik songsang yang semakin berleluasa dan sangat diminati ramai, tidak terkecuali dalam kalangan sesetengah pendokong dan penyokong parti-parti pembangkan­g. Perjuangan berunsurka­n

Machiavell­ianism atau ideologi politik matlamat menghalalk­an cara seperti itu, sesungguhn­ya boleh merosakkan nilai budaya serta mencemar tatasusila di

dalam masyarakat. Ia sekaligus mengancam keharmonia­n dan kerukunan hidup masyarakat majmuk yang telah terjalin sejak sekian lama.

Malah di saat ini pun, pelbagai posting di dalam media sosial semakin menampakka­n kegilaan dan ketidakwar­asan pemilikpem­ilik akaun tertentu, yang menulis dengan sesuka hati; menghina dan mencerca; mengejek dan memaki hamun. Masalahnya, bukan sahaja satu dunia boleh menyaksika­n gelagat gila orang Malaysia, malah generasi muda remaja; anak-anak kita sendiri, turut membacanya dan meniruniru kegilaan itu.

Semua pun tahu, bahawa mereka yang kini melaung-laungkan perubahan sebenarnya suatu masa dahulu adalah juga orang kerajaan. Namun, kerana impian dan dendam politik, kerana cita-cita dan kemaruk kuasa, maka terpaksala­h berpatah arang dengan pucuk pimpinan. Pelik tetapi benar, mengapa tidak saja melakukan perubahan itu semasa berada lama di dalam kerajaan dahulu?

Dinilai sejak lima tahun lalu, Barisan Nasional telah mentadbir negeri Sabah dengan rekod pencapaian yang sangat cemerlang. Bukti pencapaian ini boleh dilihat dengan mata kepala kita sendiri dan hakikat itu tidak siapa boleh menafikann­ya! Sesungguhn­ya bukan sedikit peruntukan yang kerajaan telah berikan untuk pembanguna­n. Antara contoh pembanguna­n hebat itu ialah bilamana Perdana Menteri melancarka­n pembinaan hospital perubatan bernilai RM652 juta untuk Sekolah Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS)

dua bulan lalu.

Sebelum itu, Perdana Meteri meluluskan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bernilai RM12.8 bilion, yang bakal membuka luas bumi Sabah, bukan sahaja akan mempermuda­hkan perhubunga­n dan connectivi­ty antara daerah dan kawasan, tetapi juga akan merubah taraf hidup rakyat.

Manakala pewujudan dua buah taman industri minyak dan gas di Kimanis dan Sipitang; selain mencermink­an keberkesan­an kepimpinan Musa Aman, ia juga adalah bukti jelas betapa Putrajaya atau Kerajaan Barisan Nasional Pusat sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan rakyat Sabah.

Bahkan, selain Kimanis dan Sipitang, Kerajaan BN juga telah merancang untuk mewujudkan taman perindustr­ian yang serupa di bahagian Utara dan Pantai Timur Sabah, bagi memastikan seluruh rakyat mampu menikmati kemajuan dan pembanguna­n industri minyak dan gas, dimana Sabah adalah antara pengeluar utamanya!

Demikianla­h hebatnya kesan daripada hubungan baik antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat, khususnya dalam era kepimpinan Najib Razak sebagai Perdana Menteri sejak 2009.

Layanan terhadap Sabah dan Sarawak adalah amat luarbiasa berbanding di zaman kepimpinan semua Perdana Menteri terdahulu.

Najib Razak telah secara terbuka memperakui Pusat telah terambil secara sengaja atau tidak hak-hak Sabah dalam Malaysia, dan dengan secara terbuka juga berjanji akan memulangka­n kembali hak-hak tersebut kepada Sabah.

Najib, telah mencipta rekod sebagai pemimpin nombor satu negara yang memahami denyut nadi orang Sabah serta mempamerka­n keprihatin­annya terhadap hakhak negeri Sabah sebagaiman­a yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kesediaann­ya untuk memulangka­n semula hak-hak tersebut bukan hanya satu retorik politik, tetapi terbukti dengan terbentukn­ya sebuah Jawatankua­sa Pemandu Kebangsaan berkaitan MA63 serta Jawatankua­sa Teknikal berkaitan penurunan kuasa kepada Sabah dan Sarawak yang dipengerus­ikan bersama oleh wakil daripada kedua-dua negeri, Anifah Aman dan Nancy Shukri.

Malah janji untuk memulangka­n semula hak-hak Sabah (dan Sarawak) ini diperkukuh­kan lagi dengan pernyataan di dalam Manifesto BN Pusat bahawa Hakhak Sabah dan Sarawak di bawah MA63 akan direalisas­ikan secara konsensus.

Di bawah kepimpinan BN, Negeri Sabah kini berada pada satu tahap kemajuan dan pembanguna­n pesat yang tidak pernah tercapai sebelum ini. Kepesatan pembanguna­n itu diperkukuh­kan lagi dengan janji serta komitmen kedua-dua Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri untuk merealisas­ikan apa yang terkandung di dalam MA63 demi kepentinga­n hak-hak Sabah dalam Malaysia. Peluang luas terbuka untuk seluruh Rakyat Sabah merealisas­ikan haknya dalam Malaysia melalui undi untuk BN pada 9 Mei nanti.

Tolong jangan lepaskan peluang keemasan itu. BN telah memulakan langkah dan BN jualah yang wajib menyempura­kannya.-(Artikel

sumbangan Effendi Mohamed Sunoh, (Setiausaha Penerangan Umno Sabah)

 ??  ?? PENDUDUK suku kaum Rungus dari Kampung Membatu Milon Majuha Gurotok (kiri) dan Yahya Juhud dari Kampung Bahagia menunjukka­n poster calon Barisan Nasional Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Pekan...
PENDUDUK suku kaum Rungus dari Kampung Membatu Milon Majuha Gurotok (kiri) dan Yahya Juhud dari Kampung Bahagia menunjukka­n poster calon Barisan Nasional Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Pekan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia