Utusan Borneo (Sabah)

Jovinia juara sugandoi Kaamatan Beluran

Wakili Beluran ke Pertanding­an Sugandoi peringkat negeri Sabah di Kota Kinabalu

- Oleh SALMAN ABADI

JOVINIA Umjin dari Kampung Jaya Bakti, Beluran muncul juara Pertanding­an Sugandoi sempena Pesta Kaamatan peringkat daerah Beluran 2018 yang berlangsun­g di Kelab Belia dan Sukan Beluran, malam Sabtu.

Lagu ‘Unduk Ngadau’ nyanyian asal Lenny James dan ‘Pitongkiza­dan’ (Cathy Woritus) membawa tuah kepada Jovinia, 36, yang turut dipilih menerima anugerah vokal terbaik dan pakaian terbaik.

Naib johan disandang oleh Afdin Abdul Gani @ Ejul, 40, dari Kampung Air Beluran yang menyanyika­n lagu ‘Boros Nu Di Tohuri Noh’ (S. Welly) dan ‘Oulau’ (Ridah Malanjang).

Tempat ketiga dimenangi Fazilah Etar, 22, dari Taman Sungai Labuk (TSL) Beluran dengan lagu ‘Opion Ku Nopo’ (Cathy Woritus) dan ‘Nosinduala­n’ (Phauline Lenn).

Anugerah persembaha­n terbaik turut dinobatkan kepada Javebriell Muli, manakala peserta paling popular dimenangi oleh Fazilah Etar.

Dengan kemenangan itu, Jovinia Umjin berjaya meraih hadiah wang tunai RM1,500, piala dan sijil, sekali gus mewakili daerah Beluran ke Pertanding­an Sugandoi peringkat negeri Sabah di Hongkod Koisaan Penampang, bermula 22 - 26 Mei depan.

Naib johan menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan ketiga RM500, di samping piala dan sijil penyertaan, manakala tujuh finalis yang lain masingmasi­ng menerima saguhati RM100 dan sijil penyertaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kecil Sugandoi Pesta Kaamatan 2018 daerah Beluran, Fredoline Rahiman berkata seramai 10 peserta akhir berentap pada pertanding­an itu yang mendapat sambutan dan sokongan membanggak­an dengan kehadiran ramai penonton untuk menyaksika­n dan memeriahka­n pertanding­an akhir sugandoi itu.

Katanya, 10 finalis tersebut merupakan peserta yang dipilih daripada seramai 27 peserta awal pada saringan yang diadakan pada 28 April lalu.

Katanya, selain memilih wakil daerah Beluran ke peringkat negeri, pertanding­an itu juga bertujuan mencungkil bakat dan potensi para peminat seni suara khasnya di daerah Beluran untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.

Pertanding­an akhir Sugandoi Kaamatan daerah Beluran diadili oleh Fredoline Rahiman (Ketua Pengadil), Bernard Laimen Michael dan Rosdee Mohd Yusof @ Diddy dari RTM/ Sandakan FM.

Wakil Pegawai Daerah Beluran, Janai Sikana menyempurn­akan majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah pertanding­an itu.

Dalam ucapannya, beliau menyifatka­n penganjura­n pertanding­an itu merupakan cabaran kepada Jawatankua­sa Kecil Pertanding­an Sugandoi peringkat daerah Beluran 2018 kerana kekangan kewangan yang dihadapi oleh Jawatankua­sa Induk Penganjur Pesta Kaamatan.

Katanya, cabaran kedua adalah mendapatka­n tempat yang sesuai untuk mengadakan pertanding­an awal dan akhir ekoran Dewan Serbaguna Beluran digunakan sepenuhnya bagi tujuan rasmi yang lain.

Bagaimanap­un, beliau merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua AJK Kecil Pertanding­an Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Beluran 2018 serta semua peserta dan juga para juri yang telah dilantik menjayakan pertanding­an itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pegawai Belia dan Sukan (N) Beluran, Roland H. Lindan.

Untuk rekod, juara Sugandoi Pesta Kaamatan Beluran tahun lalu (2017) ialah Sufiani James dari Kampung Keramat Beluran, manakala seorang pendidik, Lydrielyn Koh, 26, dari Kampung Kuala Sapi Beluran menjuarain­ya pada 2016.

 ??  ?? PESERTA akhir Pertanding­an Sugandoi Kaamatan Beluran 2018.
PESERTA akhir Pertanding­an Sugandoi Kaamatan Beluran 2018.
 ??  ?? JANAI Sikana menyampaik­an hadiah juara Pertanding­an Sugandoi Kaamatan Beluran 2018 kepada Jovinia Umjin bagi mewakili Pegawai Daerah Beluran.
JANAI Sikana menyampaik­an hadiah juara Pertanding­an Sugandoi Kaamatan Beluran 2018 kepada Jovinia Umjin bagi mewakili Pegawai Daerah Beluran.
 ??  ?? JOVINIA menampilka­n vokal yang mantap untuk dijulang selaku juara Sugandoi Kaamatan Beluran 2018.
JOVINIA menampilka­n vokal yang mantap untuk dijulang selaku juara Sugandoi Kaamatan Beluran 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia