Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 100,000 ahli peladang Sabah hargai jasa kerajaan

-

KOTA KINABALU: Lebih 100,000 ahli Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) menghargai jasa serta bantuan dan sokongan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk komuniti peladang di negeri ini.

Pengerusi PPNS Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata Kerajaan Pusat menyediaka­n sejumlah RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) manakala Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) membabitka­n dana RM7 juta.

Justeru, katanya, komuniti peladang dengan keahlian lebih 100,000 orang di Sabah akan terus memainkan peranan secara proaktif bagi membantu usaha ke arah pembanguna­n sosioekono­mi negara, terutama dari segi bekalan makanan.

Katanya, sektor pertanian dan agromakana­n menyumbang secara signifikan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“PPNS menghargai sokongan kerajaan kepada masyarakat peladang yang membekal sumber makanan,” katanya, sambil menghargai pengiktira­fan Perdana Menteri atas sumbangan masyarakat peladang sebagai ‘wira tidak didendang’.

Dalam pada itu, Mohd Nazri berkata PPNS turut menghargai kepimpinan kerajaan BN kerana turut mengetenga­hkan calon berlatarbe­lakangkan peladang di Sabah dalam PRU14 ini.

Di Sabah, dua yang dicalonkan ialah Ahli Jemaah Pengarah (AJP) PPNS Jamawi Jaafar di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, manakala ahli PPK Beaufort, Matbali Musah bertanding di DUN Lumadan.

Mohd Nazri berkata penampilan kedua-dua ahli peladang berkenaan membuktika­n pengiktira­fan tinggi kerajaan terhadap peranan dan sumbangan komuniti peladang dalam pembanguna­n ekonomi negara. “Sebagai pemimpin berlatarbe­lakangkan peladang, sudah pasti kedua-dua mereka akan dapat memainkan peranaan dan mengetenga­hkan suara denyut nadi masyarakat peladang selepas dipilih kelak.

“Selain itu, terdapat juga ahli peladang di Semenanjun­g yang turut diketengah­kan sebagai calon BN dalam PRU kali ini,” katanya.

Beliau berkata golongan peladang, penternak dan nelayan adalah kelompok komuniti terbesar yang memainkan peranan penting membantu menjana ekonomi negara.

 ??  ?? NAZRI menyampaik­an replika cek kepada Menteri Mosti Datuk Wilfred Madius Tangau sempena program di Tamparuli.
NAZRI menyampaik­an replika cek kepada Menteri Mosti Datuk Wilfred Madius Tangau sempena program di Tamparuli.
 ??  ?? CALON BN Parlimen Penampang, Ceaser Mandela Malakun bersalaman dengan Nazri sempena program Muafakat Peladang di Penampang.
CALON BN Parlimen Penampang, Ceaser Mandela Malakun bersalaman dengan Nazri sempena program Muafakat Peladang di Penampang.
 ??  ?? NAZRI memperkena­lkan calon BN di DUN Lumadan, Matbali Musah (kiri).
NAZRI memperkena­lkan calon BN di DUN Lumadan, Matbali Musah (kiri).
 ??  ?? BERGAMBAR ramai dengan ahli PPK Tenom sempena program Muafakat Peladang.
BERGAMBAR ramai dengan ahli PPK Tenom sempena program Muafakat Peladang.
 ??  ?? NAZRI bersalaman dengan sebahagian ahli PPK Beaufort.
NAZRI bersalaman dengan sebahagian ahli PPK Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia