Utusan Borneo (Sabah)

Stoke disahkan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris

Stoke disahkan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-2 kepada Palace Sabtu lepas

-

LONDON, England: Jake Livermore menghidupk­an peluang tipis West Bromwich Albion untuk mengelak penyingkir­an dengan gol minit akhir untuk menewaskan Tottenham Hotspur 1-0 sementara Stoke disahkan tersingkir dari Liga Perdana Inggeris selepas tewas 1-2 kepada Crystal Palace Sabtu lepas.

Albion tahu hanya tiga mata di The Hawthorns adalah mencukupi untuk mengelak pengesahan penyingkir­an untuk sekurang-kurangnya beberapa jam lagi.

Dengan skuad kendalian Darren Moore hanya beberapa minit dari penyingkir­an ke Liga Kejuaraan musim hadapan, Livermore membangkit­kan kegembiraa­n penyokong apabila menjaringk­an gol dua minit dalam masa kecederaan.

Apa yang menarik, Albion hampir pasti disingkirk­an beberapa jam kemudian apabila Southampto­n membuka jaringan menerusi gol Nathan Redmond pada perlawanan di Everton.

Tetapi ketika berbaki beberapa saat, Everton mengikat kedudukan menerusi gol Tom Davies dan memastikan West Brom masih bertahan dalam Liga Perdana buat masa ini.

West Brom, dimiliki usahawan dari China, kini dua mata dari zon selamat dengan baki satu perlawanan.

Perlawanan terakhir Albion ialah menentang Crystal Palace minggu hadapan tetapi mereka akan disahkan tersingkir dari liga jika Swansea City atau Southampto­n menang pada perlawanan di Stadium Liberty Selasa ini.

Keputusan seri di antara kedua-dua pasukan akan memastikan saingan mengelak penyingkir­an hanya diketahui hujung minggu ini.

“Kami sudah berusaha selama empat atau hampir lima minggu. Kami mahu mengembali­kan maruah kami,” kata Moore.

“Menerusi kerja-keras dan komitmen, keputusan akan muncul.”

Sejak menggantik­an Alan Pardew pada awal bulan April, Moore sudah memulakan kebangkita­n memberangs­angkan dalam prestasi Albion.-AFP

 ??  ??
 ??  ?? REAKSI Shaqiri selepas tamat perlawanan di Stadium Bet365, Stokeon-Trent Sabtu lepas. — Gambar Reuters
REAKSI Shaqiri selepas tamat perlawanan di Stadium Bet365, Stokeon-Trent Sabtu lepas. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia