Utusan Borneo (Sabah)

Atlet Filipina ungguli Marathon Borneo

- QWEK -Oleh DESMOND

KOTA KINABALU: Joerge Andrade mencuri tumpuan dengan merangkul gelaran juara Marathon Penuh kategori lelaki semasa UNICEF Marathon Borneo (UBM) 2018 di Stadium Likas pada Ahad.

Atlet tidak begitu dikenali dari Filipina itu menikmati kejayaan manis dengan meraih gelaran marathon penuh yang pertama di luar negara beliau, dan diserikan lagi dengan meleburkan dominasi pelaripela­ri terkenal dunia dari Kenya di edisi Ke-11 tahun ini.

Joerge yang bermula pantas sebaik dilepaskan, mengemudi perlumbaan­sejauh42ki­lometer (km) itu untuk tiba di garisan penamat dengan catatan masa dua jam, 54 minit dan 14 saat (2:54.14s).

Beliau menewaskan Noah Kutung Chepsergon dari Kenya yang sekadar berpuas hati muncul selaku naib johan menerusi catata 2:55.26s, sambil raja gunung Sabah; Daved Simpat menerima tepukan paling gemuruh tiba pada kedudukan ketiga dengan catatan masa 2:56.23s.

“Saya tidak menjangka untuk menang. Saya tidak banyak berfikir tentang pelaripela­ri yang mengejar saya. Saya hanya memberi sepenuh tumpuan ke atas larian saya.

“Saya memberikan yang terbaik sehingga ke garisan penamat. Saya sangat gembira menjadipem­enangperlu­mbaan kali ini,” jelas Joerge, 21, berasal dari Davao City, ditemui selepas menerima hadiah kemenangan.

Dalam kategori wanita Nicci Chapman dari United Kingdom muncul selaku jaura dengan catatan masa 3:34.05s diikuti dua peserta dari Malaysia; Mailin Salungin Ripau (4:06.32s) dan Rebecca James Juat (4:07.29s) masingmasi­ng ditempat kedua dan ketiga.

Kira-kira 10,000 peserta dari seluruh dunia menyertai perlumbaan tahun ini yang turut menawarkan perlumbaan untuk kategori separuh marathon (21km) lelaki dan wanita, kategori veteran lelaki dan wanita serta kategori 10km untuk kategori terbuka dan pelajar-pelajar sekolah.

Perlumbaan tahunan anjuran Kinabalu Running Club (KRC) itu mendapat sokongan dari Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah, Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Kesihatan Sabab, Jabatan Pelajaran Sabah serta Jabatan Kerja Raya.

Majlis penyampaia­n hadiah telah disempurna­kan bersama oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu; Datuk Yeo Boon Hai bersama presiden KRC merangkap pengarah pertanding­an Datuk Dr. Heng Aik Cheng.

 ??  ?? PARA pemenang Marathon Penuh Wanita; Mailin (lima dari kiri), Nicci dan Rebecca merai kejayaan mereka di atas podium.
PARA pemenang Marathon Penuh Wanita; Mailin (lima dari kiri), Nicci dan Rebecca merai kejayaan mereka di atas podium.
 ??  ?? PARA peserta Palliative dilepaskan bersama oleh Yeo (empat kanan) dan Dr. Heng (dua kanan).
PARA peserta Palliative dilepaskan bersama oleh Yeo (empat kanan) dan Dr. Heng (dua kanan).
 ??  ?? YEO (dua kiri) bersama para pemenang Marathon Penuh Lelaki; Noah (empat dari kiri), Jeorge, Daved serta pemenang-pemenang lain.
YEO (dua kiri) bersama para pemenang Marathon Penuh Lelaki; Noah (empat dari kiri), Jeorge, Daved serta pemenang-pemenang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia