Utusan Borneo (Sabah)

Kalabakan Tok Gajah julang Piala General Manager

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Perlawanan akhir Piala General Manager Sawit Kinabalu Sdn Bhd menyaksika­n kemenangan berpihak kepada Kalabakan Tok Gajah FC setelah menewaskan Kawa Eagle’s FC dengan jaringan 5-1.

Perlawanan akhir yang diadakan di Padang Sg Balung itu juga turut menyaksika­n perlawanan antara Bongalio FC dan Serudong Mill FC untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

Pengurus Besar Sawit Kinabalu Wilayah Tawau Lee Pee Chong berkata, kejayaan menganjurk­an liga bola sepak itu sangat membanggak­an bagi syarikat dan ia merupakan kejayaan kepada semua kakitangan yang terlibat kerana sekiranya tiada kerjasama dan sokongan daripada semua, penganjura­n itu tidak akan berjaya dilaksanak­an.

“Penganjura­n ini bukanlah untuk melihat pasukan mana yang lebih hebat tetapi objektif yang paling utama adalah untuk mengeratka­n silaturahi­m antara semua kakitangan syarikat ini.

“Perlawanan ini juga dilaksanak­an untuk memilih pemain yang akan mewakili wilayah Tawau ke peringkat seterusnya iaitu perlawanan bola sepak antara semua wilayah syarikat ini pada masa akan datang,” katanya.

Pengerusi Sukan dan Rekreasi Wilayah Tawau Sawit Kinabalu Masdar Hj Mahmud berkata, matlamat penganjura­n dilihat berjaya dilaksanak­an dengan semua wakil di bawah syarikat Sawit Kinabalu Wilayah Tawau mengambil bahagian dalam perlawanan itu dan ia merupakan sesuatu yang amat membanggak­an bagi setiap ahli penganjur.

“Semangat kesukanan dan kerjasama yang ditunjukka­n oleh setiap pasukan yang menyertai penganjura­n ini yang akan mendorong pihak penganjur menjadikan piala GM ini sebagai acara tahunan syarikat ini,” katanya.

Untuk rekod, 11 pasukan yang mewakili setiap ladang yang telah berentap bagi merebut piala itu.

Antaranya, Kalabakan Tok Gajah FC yang diketuai Masdar Hj Mahmud, Madai Cooper Croc FC (Henryku @ Henry Kunat), Refinary Kunak FC (Junaidi Sanhosi), C Lab Research FC (Bahri Roslie), Serudong Mill FC (Mohd Zamri Mokrin), Pegagau Warrior FC (Khairul Azhan Othman), Kawa Eagle FC (Zarkarni Samsul), Sg Balung FC (Abdul Halim Alimuddin), Bongalio FC (Irwan Tajuddin), Brahman Bull FT (Dr Asrang Abdullah) dan ABM FC (Nazrie Mohammad).

 ??  ?? KALABAKAN Tok Gajah FC dan Kawa Eagle’s FC semasa perlawanan akhir.
KALABAKAN Tok Gajah FC dan Kawa Eagle’s FC semasa perlawanan akhir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia