Utusan Borneo (Sabah)

Tunjukkan solidariti: PM

Saranan kepada parti komponen BN Sabah

- -Bernama NAJIB ketika tiba pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Padang Kota Marudu pada Isnin.

KOTA MARUDU: Tiada sebab untuk Barisan Nasional (BN) Sabah tidak cemerlang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Rabu ini sekiranya semua parti komponen BN menunjukka­n solidariti tanpa mengira siapa yang menjadi calon, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, pengerusi BN itu berkata jentera BN di Sabah perlu terus bekerja dengan penuh semangat sehingga mencapai kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum ini.

“Pagi tadi saya melakukan lawatan di Keningau, sebelum berjumpa rakyat di Beaufort dan kemudianny­a bersama rakyat di Kota Marudu ini. Saya melihat suasana yang sangat menggalakk­an dan memberangs­angkan… ini tanda positif untuk BN.

“Oleh itu saya melihat tiada sebab mengapa BN tidak boleh berjaya dengan syarat semua parti komponen bersama untuk menyokong siapa sahaja calon bertanding, kerana itu adalah calon BN. Ada satu tempat (kerusi) untuk calon PBS, ada tempat untuk calon UMNO dan ada juga tempat untuk calon parti (komponen) lain. Tetapi yang paling penting BN perlu menang dan menubuhkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pemimpin bersama rakyat peringkat Parlimen Kota Marudu di sini, hari ini. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang juga presiden PBS dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Maximus Ongkili yang juga calon kerusi Parlimen Kota Marudu, calon DUN Tandek Datuk Anita Baranting, dan calon DUN Matunggong Julita Majunki.

Najib berkata beliau memberi tumpuan terhadap Sabah kerana beliau mempunyai hubungan dan perasaan untuk terus memajukan lagi negeri ini.

“(Calon pakatan pembangkan­g,Tun) Dr Mahathir (Mohamad) tidak melawat Sabah sebab dia tidak mendapat sokongan di Sabah… ini kerana ‘track record” dia selama 22 tahun (sebagai perdana menteri) orang Sabah tidak akan lupa. dia (Dr Mahathir) lupa tetapi orang Sabah tidak akan lupa.

“Sebabitudi­a (Dr Mahathir) bergantung dengan pihakpihak (parti pembangkan­g) lain di Sabah ini. Saya sebagai perdana menteri mengambil pendekatan yang berbeza dan saya anggap Sabah ini sebagai rakan sejati dan orang Sabah perlu dimajukan supaya jurang pembanguna­n di Sabah dan Semenanjun­g dapat dirapatkan. Dengan itu seluruh Malaysia boleh dianggap sebagai sebuah negara maju dalam masa tak lama lagi,” katanya.

Ditanya mengenai Parti Warisan Sabah (Warisan), Najib berkata parti nasional seperti BN adalah jauh lebih baik daripada parti setempat seperti Warisan.

“Lebih baik kita (pengundi) sokong parti nasional sebab, kalau kita nak belayar jauh merentas lautan samudera kita perlu pada kapal besar… jangan kapal layar, kalau kapal layar tak sampai nanti. Kita perlu parti yang besar dan kuat macam BN.

“Ini bukan soal sentimen tetapi ini soal siapa yang boleh menentukan masa depan kita yang lebih baik dan bukan sahaja janji tetapi cara penyampaia­n (menunaikan janji).

“Masa kita nak sesuatu jawatan kita boleh janii macam-macam, namun kebanyakan janji itu palsu atau janji yang mungkin tidak dapat ditunaikan sebab mereka (Warisan) tidak ada kuasa mutlak… kuasa mutlak hanya berpunca daripada parti besar yang berkuasa di peringkat nasional,” katanya.

 ?? -Gambar Bernama ??
-Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia