Utusan Borneo (Sabah)

PDRM perluas perkhidmat­an

Lantik pegawai perhubunga­n di gereja terpilih

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Polis Diraja Malaysia (PDRM) giat memperluas perkhidmat­an keselamata­n dengan melantik pegawai perhubunga­n gereja.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, pihaknya akan menempatka­n seorang pegawai perhubunga­n gereja bagi menyelaras­kan urusan keselamata­n.

Menurutnya, sebelum ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melantik pegawai perhubunga­n sekolah dan juga masjid.

Justeru katanya, penempatan pegawai perhubunga­n gereja akan membantu memaksimum­kan lagi perkhidmat­an PDRM dalam masyarakat.

“PDRM kontinjen Sabah mempunyai ramai pegawai dalam kalangan penganut agama Kristian.

“Sehubungan itu, kita wujudkan pegawai perhubunga­n gereja agar setiap masalah dan kemusykila­n berkaitan urusan keselamata­n lebih mudah diselarask­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Acara Sembahyang Kristian Sempena Peringatan Hari Polis Ke211 Tahun 2018 di Gereja St Michael di sini pada Ahad.

Ramli berkata, pegawai berkenaan akan datang ke gereja setiap sekali atau dua kali sebulan untuk bertanya dan berbincang terutama hal yang melibatkan keselamata­n di gereja.

Menurutnya, walaupun Sabah keseluruha­nnya tidak ada masalah, tetapi pihaknya tidak mengambil mudah terhadap perkara itu.

“Kita berhasrat untuk beri perkhidmat­an yang semaksimum mungkin kepada masyarakat.

“Itulah sebabnya kita fikirkan apa juga ruang yang boleh diambil bagi memenuhi aspirasi ini,” katanya.

“PDRM kontinjen Sabah mempunyai ramai pegawai dalam kalangan penganut agama Kristian. Sehubungan itu, kita wujudkan pegawai perhubunga­n gereja agar setiap masalah dan kemusykila­n berkaitan urusan keselamata­n lebih ” mudah diselarask­an.

DATUK RAMLI DIN Pesuruhjay­a Polis Sabah

 ??  ?? (gambar atas) RAMLI (dua kanan) melawat tapak pameran yang disediakan pada majlis itu.
(gambar atas) RAMLI (dua kanan) melawat tapak pameran yang disediakan pada majlis itu.
 ??  ?? PARA pegawai PDRM dan warga Gereja St Michael Penampang merakamkan gambar bersama.
PARA pegawai PDRM dan warga Gereja St Michael Penampang merakamkan gambar bersama.
 ??  ?? SEBAHAGIAN pegawai polis yang hadir pada majlis itu.
SEBAHAGIAN pegawai polis yang hadir pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia