Utusan Borneo (Sabah)

BN akan terus menjaga kebajikan kaum Tionghua

-

LABUAN: Dewan Perniagaan Tionghua Labuan telah menganjurk­an Majlis Ramah Mesra Komuniti Tionghua bersama calon Barisan Nasional (BN) Labuan, Datuk Rozman Isli di Dewan Foo Chow, Kampung Sungai Keling, malam Ahad lalu.

Presiden LCCC, Datuk Wong Kii Yii meminta komuniti Tionghua terus memberikan sokongan padu kepada Rozman yang berusaha gigih menjaga kebajikan masyarakat tersebut di Wilayah Persekutua­n Labuan.

Katanya, Rozman yang juga Pengerusi BN Labuan menjalinka­n hubungan yang baik dengan komuniti Tionghua menerusi Dewan Perniagaan Tionghua yang menjadi jambatan kepada masyarakat tersebut.

“Datuk Rozman telah menjadi Ahli Parlimen Labuan sejak PRU-13 yang sentiasa menjaga dan membela nasib serta kebajikan masyarakat Tionghua di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Kita akan terus menerima bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional dalam tempoh lima tahun akan datang,”katanya.

Tambah Wong, kerajaan BN juga sentiasa memberi ruang dan peluang kepada peniaga Tionghua sekaligus menyediaka­n peluang pekerjaan kepadaanak-anakmereka­dalam pelbagai bidang khususnya perniagaan seperti restoran, pengangkut­an, perhotelan dan telekomuni­kasi.

“Sekolah-sekolah aliran Cina juga terus diberi perhatian oleh kerajaan BN menerusi Rozman selama ini,”kata Wong.

Turut hadir Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

 ??  ?? WONG menyampaik­an cenderamat­a kepada Rozman pada Majlis Ramah Mesra Komuniti Tionghua anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan di Dewan Foo Chow, malam Ahad lalu.
WONG menyampaik­an cenderamat­a kepada Rozman pada Majlis Ramah Mesra Komuniti Tionghua anjuran Dewan Perniagaan Tionghua Labuan di Dewan Foo Chow, malam Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia