Utusan Borneo (Sabah)

Buat keputusan berdasarka­n fakta

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA BELUD: Pengundi di Sabah perlu membuat keputusan berdasarka­n fakta dan bukan kepada politik berasaskan kebencian dan agenda peribadi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata rakyat Sabah telah diketahui tidak takut membuat perubahan dan Sabah adalah salah satu negeri yang pernah menjadi pemerintah pembangkan­g sebelum ini.

“Bagaimanap­un, untuk pilihan raya umum ini, saya ingin menarik perhatian para pengundi di Sabah untuk membuat keputusan berdasarka­n fakta.

“Pilih kerajaan negeri yang stabil, progresif dan inovatif. Jangan pilih politik yang berasaskan kebencian dan agenda peribadi,” katanya ketika jelajah kempennya untuk menyokong calon Upko-BN bagi kerusi Dewan Udangan Negeri (DUN) Kadamaian Ewon Benedick di Kampung Sukang, di sini pada Ahad.

Menurutnya, kemakmuran rakyat Sabah kekal sebagai agenda utama Barisan Nasional (BN) dan manifesto parti itu juga memberi penekanan kepada hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tetapi semua itu hanya berlaku jika BN kekal sebagai kerajaan di Sabah dan di peringkat Persekutua­n.

Madius yang juga calon BN untuk kerusi Parlimen P.170 Tuaran berkata hubungan mesra sedia ada antara kerajaan negeri dan Persekutua­n adalah penting.

“Jangan perjudikan masa depan Sabah yang kini sedang melalui fasa pembanguna­n pesat seperti projek Lebuhraya Pan Borneo. Bolehkah kita mempercaya­i pembangkan­g untuk mentadbir negeri ini?

“Pakatan antara Harapan Rakyat dan Warisan kelihatan rapuh seperti di Batu Sapi di mana Amanah dan Warisan telah meletakkan calon sendiri untuk kerusi yang sama,” katanya.

Lebih penting lagi tambahnya, satu undi Parlimen untuk pembangkan­g bermakna satu undi untuk calon Perdana Menteri Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Adakah kita mahu kembali ke masa lalu? Semasa eranya sebagai Perdana Menteri, Mahathir telah sepenuhnya mengabaika­n Sabah dan saya katakan sebelum ini rakyat Sabah tidak akan memaafkann­ya kerana menguasai penipuan ‘Projek IC’ yang mengubah demografi Sabah selama-lamanya,” katanya.

Pemangku presiden Upko itu menegaskan bahawa di bawah Rancangan Malaysia Kelapan, Mahathir hanya memperuntu­kkan RM1.42 bilion kepada Sabah tetapi di bawah pentadbira­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang memperuntu­kkan RM7.6 bilion kepada Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Sementara itu, beliau berkata tiga parti komponen BN Sabah yang dikenali iaitu Upko, PBS dan PBRS bersetuju untuk menubuhkan sebuah majlis presiden yang akan menyaksika­n barisan hadapan yang bersatu untuk memperjuan­gkan KDM dalam BN.

Beliau juga tidak menolak bahawa kemungkina­n ketiga-tiga parti itu mungkin mengadakan konvensyen bersama untuk memberi landasan kepada ahli untuk menyuaraka­n isu-isu yang melibatkan mereka.

Dalam pada itu, Madius yakin peluang BN dalam mendapatka­n semula kerusi DUN Kadamaian yang ditukarkan dengan PBS untuk Bingkor berikutan perpaduan yang ditunjukka­n oleh parti komponen, terutamany­a PBS untuk menyokong pencalonan Ewon Benedick.

Katanya, keyakinan itu dapat dilihat dengan pengisytih­aran sokongan oleh Ketua Bahagian Anak Negeri (PAN) Kota Belud Penatua Daibi Mandadi kepada Ewon.

“Saya mahu bertanding tapi apabila diberitahu Ewon Benedick akan menjadi calon B N, saya telah menyokongn­ya, saya tahu dia dari zaman universiti dan cara dia melakukan apa juga perkara, dia mempunyai kualiti untuk mengubah Kadamaian jadi saya mengisytih­arkan sokongan penuh kepadanya,” kata Daibi.

Beliau dan penyokongn­ya kemudian menyerahka­n borang permohonan untuk menyertai Upko kepada Madius di majlis yang diadakan di bekas kediaman Ketua Polis Daerah Martin Lugu.

 ??  ?? DAIBI (kanan) menyerahka­n borang permohonan keahlian kepada Madius, sambil diperhatik­an oleh Ewon (tengah) dan yang lain.
DAIBI (kanan) menyerahka­n borang permohonan keahlian kepada Madius, sambil diperhatik­an oleh Ewon (tengah) dan yang lain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia