Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Bahagian Warisan Libaran maut

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Wakil calon Parti Warisan DUN GumGum maut selepas dilanggar oleh sebuah kereta ketika sedang minum di sebuah restoran di Batu 6, pagi Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Aris Malayu, 56, meninggal dunia di tempat kejadian.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata pihaknya telah menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.30 pagi.

Dalam kejadian itu katanya, mangsa sedang minum bersama rakannya di restoran berkenaan.

Sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita hendak parkir di hadapan restoran itu tetapi hilang kawalan lalu melanggar mangsa yang sedang duduk minum berhadapan kereta terbabit.

Akibat kejadian itu, beliau berkata mangsa yang merupakan ketua bahagian Parti Warisan Parlimen Libaran telah terhimpit di antara sebatang tiang dan kereta itu.

Beliau berkata pihak polis yang dihubungi telah menjalanka­n siasatan berhubung kejadian itu.

“Polis merekodkan kenyataan saksi-saksi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Pemandu kereta (wanita) berumur 61 tahun terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya pada sidang media di sini, petang Selasa.

Mayat mangsa kemudianny­a dihantar oleh pihak polis ke Hospital Duchess of Kent untuk dibedah siasat.

Ramli berkata laporan bedah siasat menunjukka­n mangsa mengalami kecederaan patah tulang rusuk sebelah kiri yang terkena jantung.

Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kemalangan yang berlaku di bandar utama berkenaan.

“Tindakan akan diambil terhadap mereka yang menyebarka­n berita palsu yang boleh menyebabka­n kegusaran pada PRU14 ini,” katanya.

Mengenai PRU14, Ramli memberitah­u pihak Polis Kontinjen Sabah sudah siap sedia 100 peratus menghadapi proses pembuangan dan pengiraan undi.

“Sejumlah 7,212 pegawai dan anggota polis bertugas di Sabah bersedia membantu proses PRU berlangsun­g dengan lancar termasuk di pantai timur Sabah,” katanya.

 ??  ?? MAYAT mangsa dalam kemalangan maut itu.
MAYAT mangsa dalam kemalangan maut itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia