Utusan Borneo (Sabah)

Polis kesan sindiket perjudian PRU14 di beberapa negeri

-

POKOK SENA: Polis pada Selasa memberi amaran keras kepada sindiket perjudian yang menerima pertaruhan melibatkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) agar menghentik­an kegiatan mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata setakat ini pihaknya telah mengenal pasti beberapa sindiket sedemikian yang menerima pertaruhan melibatkan keputusan PRU14 di Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Kegiatan mereka ini dipantau rapi oleh pasukan khas yang yang ditubuhkan oleh setiap kontinjen, katanya kepada pemberita selepas bertemu masyarakat dan peniaga pada Program Kepolisan Komuniti di pasar pagi Pokok Sena, di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang terlibat dalam kegiatan haram itu berdepan tindakan menurut Akta Pencegahan Jenayah (PIndaan) 2017.

“… polis serius terhadap pemantauan kegiataan berkenaan kerana boleh menyebabka­n keadaan tidak baik ke atas sistem demokrasi negara,” katanya.

Sementara itu, Noor Rashid mengingatk­an semua pihak termasuk calon yang bertanding agar mematuhi undang-undang pada harihari terakhir kempen sebelum pengundian pada Rabu ini.

“Elakkanlah perbuatan memfitnah dan menyebarka­n sebarang berita palsu kerana polis juga diberi tanggungja­wab menguatkua­sakan kesalahan itu mengikut Akta Anti Berita Tidak Benar 2018, kerana fitnah ini boleh jejaskan keharmonia­n serta timbulkan pergaduhan,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia