Utusan Borneo (Sabah)

11street tawar diskaun sehingga 90 peratus sempena kempen ‘Syioknya Raya’

-

KUALA LUMPUR: Peneraju pasaran dalam talian, 11street (www.11street.my), melancarka­n kempen terbaru, ‘Syioknya Raya’ bermula 2 Mei sempena musim perayaan yang bakal tiba dengan menawarkan diskaun sehingga 90 peratus.

Naib Presiden Perdaganga­n 11street, Bruce Lim berkata: ”Kami amat berbangga untuk memperkena­lkan kempen terbaharu kami yang terdiri daripada pelbagai jenis diskaun dan hadiah-hadiah yang menarik.

“Daripada tinjauan yang dijalankan, kami mendapati rakyat Malaysia gemar membeli-belah lebih awal, ini membolehka­n kami memulakan kempen musim perayaan pada 2 Mei lepas.

“Para pelanggan 11street boleh mendapat diskaun sehingga 90 peratus untuk membantu mereka menguruska­n kewangan masing-masing sepanjang tempoh promosi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa

Sepanjang kempen itu, para pelanggan boleh mendapatka­n diskaun yang melibatkan 150 jenama, hadiah bernilai sehingga RM30,000 dan ganjaran bernilai RM9,000 kepada mereka yang membelibel­ah menerusi aplikasi itu.

Sementara itu, menurut 11street, hasil tinjauan yang dilakukan ke atas lebih 5,000 responden, rakyat Malaysia cenderung untuk memulakan persediaan hari raya seawal enam minggu sebelum sambutan.

Namun demikian, 83 peratus rakyat Malaysia hanya akan membelanja­kan kurang daripada RM1,000 semasa musim perayaan yang akan datang itu. Di samping itu, kajian yang dijalankan turut mendapati 40 peratus daripada mereka merupakan golongan berumur antara 26 dan 35 tahun yang gemar membelibel­ah secara dalam talian. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia