Utusan Borneo (Sabah)

Keluar awal untuk mengundi

Saranan kepada semua ahli PPNS di Sabah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

WESTON: Orang ramai khususnya pengundi dari kalangan peladang, penternak dan nelayan diingatkan supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungja­wab mengundi sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hari ini.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) Datuk Mohd Nazri Abdullah ketika memberi peringatan itu juga menasihatk­an mereka supaya keluar awal serta memastikan ada membawa bersama kad pengenalan sebagai dokumen rasmi.

“Mengundi adalah satu kewajipan menerusi sistem demokrasi yang dipraktikk­an di negara kita untuk memilih kerajaan setiap lima tahun.

“Justeru, sebagai rakyat Malaysia adalah menjadi tanggungja­wab setiap rakyat, terutama mereka yang bernaung sebagai ahli di bawah PPN Suntuk menyempurn­akan amanah yang termaktub dalam sistem demokrasi ini,” katanya ditemui pada majlis Muafakat Peladang peringkat negeri di Weston, malam Isnin.

Program berkenaan dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan kerjasama PPNS dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sipitang.

Nazri yang juga timbalan pengerusi Nafas menasihatk­an pengundi terutama ahli persatuan itu supaya keluar awal untuk mengundi bagi mengelak sebarang masalah seperti kesesakan dan faktor cuaca.

Katanya, disebabkan keadaan cuaca tidak menentu di Sabah sekarang, maka pengundi perlu keluar awal hari ini.

“Jangan kita keluar lewat, nanti berebut-rebut jadinya, berbaris dan berpanas sehingga penat dan bosan menunggu dan akhirnya tidak sempat mengundi pula,” katanya.

Dalam pada itu, Nazri berkata PPNS yang mempunyai lebih 100,000 ahli akan memperheba­tkan program berasaskan sosioekono­mi menerusi PPK tahun ini bagi membantu meningkatk­an produktivi­ti bahan makanan.

“Mengundi adalah satu kewajipan menerusi sistem demokrasi yang dipraktikk­an di negara kita untuk memilih kerajaan setiap lima tahun. ”

DATUK MOHD NAZRI ABDULLAH

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS)

 ??  ?? NAZRI bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan.
NAZRI bercakap kepada pemberita selepas majlis berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia