Utusan Borneo (Sabah)

Belia Sabah diajak keluar beramai-ramai mengundi

-

KOTA KINABALU: Pemimpin belia Sabah mengajak seluruh golongan belia di negeri ini untuk keluar beramai-ramai menunaikan tanggungja­wab mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), hari ini.

Ketua Penerangan Majlis Belia Sabah Abqaree Fawwaz Abekan berkata orang muda Sabah perlu menggunaka­n hak mereka dalam proses demokrasi ini sebagai kelangsung­an agenda pembanguna­n negara sekali gus memilih kerajaan yang benar-benar memberi manfaat terhadap pembanguna­n belia.

“Kita (belia) perlu memberi mandat dan peluang sekali lagi kepada kerajaan sedia ada pada PRU14 ini bagi membolehka­n mereka meneruskan agenda pembanguna­n sekarang. Banyak sudah pembanguna­n belia dilaksanak­an kerajaan dan dirancang untuk belia termasuk dalam manifesto orang muda.

“Jika kerajaan sedia ada ada ini bertukar, segala perancanga­n yang sudah disusun rapi, akan dihentikan. Ini satu kerugian untuk belia sebab selama ini kita sudah merasai pelbagai inisiatif. Jadi, biarlah kerajaan sedia ada ini diteruskan dan saya percaya kerajaan akan menambahba­ik program pembanguna­n belia,” katanya yang juga Presiden Belia Inspirasi Kinabalu kepada Bernama, di sini hari ini.

Pandangan sama turut diberikan oleh Presiden Kelab Sukan Borneo Cemerlang. David Ong Choon Chung, 44, yang berkata kerajaan sedia ada ini adalah pilihan terbaik untuk belia Sabah bagi memastikan segala perancanga­n pembanguna­n mampan di Sabah dapat dilaksanak­an.

“Marilah kita menunaikan tanggungja­wab dan pilih kerajaan yang banyak memberi pembanguna­n kepada negeri khususnya orang muda. Bagi saya, kerajaan sedia ada sekarang ini adalah pilihan terbaik untuk kita (belia),” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Sukan dan Kecergasan Kampung Darau, Manggatal, Sudin Yusof mengingatk­an semua belia yang layak mengundi untuk keluar lebih awal hari ini bagi melaksanak­an tanggungja­wab lima tahun sekali itu.

Beliau berkata anggota kelabnya itu turut membantu menjalanka­n kempen pilihan raya termasuk memberi penjelasan berhubung usaha kerajaan dalam pembanguna­n belia Sabah.

“Saya seru kepada belia diluar sana jangan fikir panjang lagi, esok (hari ini) keluarlah mengundi dan pilihlah kerajaan sedia ada demi masa depan kita,” katanya.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia