Utusan Borneo (Sabah)

Barang rampasan Ops Daulat dipamer

Banyak signifikan untuk pengajaran dan keinsafan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Barang-barang rampasan daripada militan dalam Ops Daulat untuk pertama kalinya dipamerkan secara terbuka kepada orang ramai di negeri ini, di sini pada Isnin.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata Tawau terpilih sebagai lokasi pertama pameran itu kerana perbicaraa­n kes berkaitan di mahkamah sudah pun selesai dijalankan.

“Pameran ini begitu signifikan kepada kita kerana banyak pengajaran dan keinsafan yang boleh diperolehi daripada pengorbana­n 10 wira negara yang tumbang dalam operasi.

“Jadi itulah salah satu pelajaran yang terbesar yang boleh diperolehi daripada pameran ini, nikmat keamanan tidak boleh dipandang mudah, inilah akibatnya,” katanya.

Ramli berkata pihaknya mahu memperliha­tkan kepada orang ramai dengan lebih dekat barang-barang yang dirampas dalam insiden berdarah berkenaan.

Ditanya perancanga­n seterusnya jika pameran serupa akan turut diadakan di daerah lain, beliau berkata perkara itu akan diselarask­an dalam Program Community Policing.

Antara barang yang dipamerkan termasukla­h kelengkapa­n militan seperti senjata api, senjata tajam, pakaian seragam dan bendera, serta catitan kisah sejarah yang berlaku.

Turut dipamerkan, nama nama dan foto wira negara yang terkorban semasa berjuang mempertaha­nkan kedaulatan tanahair di Tanduo, Lahad Datu dan Simunul, Semporna pada 2013.

Pameran ini begitu signifikan kepada kita kerana banyak pengajaran dan keinsafan yang boleh diperolehi daripada pengorbana­n 10 wira negara yang tumbang dalam operasi. DATUK RAMLI DIN Pesuruhjay­a Polis Sabah

 ??  ?? RAMLI (kanan) dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus (kiri) menemani Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mengunjung­i pameran barang-barang rampasan dalam Ops Tanduo.
RAMLI (kanan) dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus (kiri) menemani Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mengunjung­i pameran barang-barang rampasan dalam Ops Tanduo.
 ??  ?? KETUA Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun (tengah) selesai menandatan­gi buku pelawat sempena Majlis ‘Ke Arah Tawau Sejahtera’ Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, Program Pencegahan Jenayah. Turut kelihatan, Ramli dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil...
KETUA Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun (tengah) selesai menandatan­gi buku pelawat sempena Majlis ‘Ke Arah Tawau Sejahtera’ Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada, Program Pencegahan Jenayah. Turut kelihatan, Ramli dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia