Utusan Borneo (Sabah)

SAMM serah dokumen seleweng tanah kepada SPR

-

SHAH ALAM: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin pada Selasa menyerahka­n dokumen kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berhubung dakwaan penyelewen­gan tanah institusi agama Islam di Petaling Jaya.

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata dokumen itu antaranya mengandung­i salinan surat rasmi termasuk yang bertulisan tangan pihak terlibat, salinan cetakan e-mel serta cakera video digital.

Beliau berkata laporan itu turut disertakan dengan nama beberapa individu termasuk pemimpin PKR yang didakwa mempunyai kaitan dengan tulisan tangan yang terpampang pada surat rasmi itu.

Menurutnya laporan itu mengandung­i dakwaan penyelewen­gan tanah institusi agama Islam seluas hampir 9.66 ekar di Seksyen 14, Petaling Jaya, yang sepatutnya diserah kepada Kumpulan Hartanah Selangor yang bernaung di bawah Menteri Besar Incorporat­ed (MBI).

“Namun, pada 2015, sebuah syarikat pemaju mencadangk­an kepada MBI untuk membeli atau memajukan tanah berkenaan dengan menawarkan pembayaran sebanyak 30 peratus dari nilai RM1 billion Anggaran Pembanguna­n Kasar (GDV),” dakwanya.

Badrul Hisham mendakwa sepanjang tempoh cadangan itu, dua pemimpin PKR dan seorang wakil MBI bertemu dengan syarikat untuk menyatakan persetujua­n kerajaan negeri berhubung cadangan itu tetapi meminta kertas cadangan dihantar semula dengan merendahka­n nilai tawaran. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia