Utusan Borneo (Sabah)

Mendiang Sridevi rangkul anugerah pelakon wanita terbaik India

-

BINTANG handalan India, mendiang Sridevi Kapoor, telah merangkul anugerah pelakon wanita terbaik tahun ini untuk lakonan hebat beliau menerusi filem terakhirny­a, ‘Mom’, cerita ngeri yang berkisar tentang pembalasan dendam, lapor agensi berita China Xinhua.

Anugerah Filem Kebangsaan India yang berprestij itu disampaika­n oleh Presiden Ram Nath Kovind di ibu negara pada malam Khamis yang lalu.

Suami mendiang, produser filem Boney Kapoor dan dua anak perempuann­ya menerima anugerah itu bagi pihak Sridevi, yang meninggal dunia di sebuah hotel di Dubai pada Februari lepas pada usia 54 tahun.

“Sridevi akan berasa amat gembira hari ini. Kami rindukan dia, pada masa yang sama, ia adalah saat yang amat membanggak­an,” kata Boney kepada media selepas majlis itu.

Dalam filem ‘Mom’, Sridevi memegang watak sebagai seorang guru dan ibu yang tekad menuntut bela selepas anak tirinya dirogol oleh beberapa lelaki, termasuk seorang rakan beliau.

Kematian mengejut pelakon legenda itu di sebuah hotel mewah di Dubai semasa mendiang menghadiri majlis perkahwina­n keluarga amat memeranjat­kan industri perfileman India.

Laporan awal mendakwa mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung, bagaimanap­un, polis Dubai kemudian menjelaska­n bahawa kematianny­a adalah “disebabkan insiden lemas yang tidak disengajak­an selepas pengsan.”

Sridevi membuat penampilan sulung sebagai pelakon kanak-kanak melalui filem Tamil berjudul ‘Kandan Karunai’ (1967) pada usia empat tahun.

Sepanjang 50 tahun kerjaya lakonannya, beliau turut membintang­i filemfilem India selatan selain Bollywood.

Sridevi berada dalam senarai antara pelakon berpen-dapatan paling tinggi pada 1980-an dan 1990-an serta dianggap sebagai bintang handalan wanita pertama di pawagam India. — Bernama

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SUAMI mendiang Sridevi Kapoor, Boney Kapoor (kiri) bersama dua anak perempuan mereka, Janhvi (kanan) dan Khushi Kapoor semasa majlis Anugerah Filem Kebangsaan India ke-65 di New Delhi pada 3 Mei lepas.
— Gambar AFP SUAMI mendiang Sridevi Kapoor, Boney Kapoor (kiri) bersama dua anak perempuan mereka, Janhvi (kanan) dan Khushi Kapoor semasa majlis Anugerah Filem Kebangsaan India ke-65 di New Delhi pada 3 Mei lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia