Utusan Borneo (Sabah)

Suntik semangat pelajar luar bandar, 82 murid cemerlang UPSR terima insentif

82 murid cemerlang UPSR terima insentif

-

SERAMAI 82 murid yang memperoleh keputusan sekurangku­rangnya 3A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menerima insentif wang tunai RM100, di Kota Marudu pada Isnin.

Insentif yang diberikan melalui Pejabat Parlimen Kota Marudu itu adalah sebahagian daripada janji yang dibuat oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili pada lima tahun lalu.

Maximus berkata pada awalnya, insentif itu diberikan kepada murid yang memperoleh 1A dalam UPSR. Bagaimanap­un, bermula pada tahun lalu, mereka memutuskan untuk memperketa­tkan syarat dengan memberi insentif kepada murid yang memperoleh keputusan 3A dan ke atas dalam UPSR.

Menurutnya, pemberian insentif sebegitu dilihat berjaya menyuntik semangat kepada pelajar luar bandar untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

Daripada jumlah itu, sembilan murid memperoleh 6A, 11 memperoleh 5A manakala 21 mendapat 4A dan selebihnya 41 orang memperoleh 3A dalam peperiksaa­n UPSR.

Menurut Maximus, sepanjang tahun ini sejumlah RM31,600 disumbangk­an menerusi pemberian insentif berkenaan.

“Ini satu perkembang­an yang sihat dan saya percaya kita berjaya mencapai objektif untuk menggalakk­an lebih ramai murid di sekolah luar bandar untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n,” katanya pada Majlis Penyampaia­n Insentif UPSR 2017, di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khoi Ming, Kota Marudu pada Isnin.

Maximus juga menyaranka­n ibu bapa supaya bekerjasam­a erat dengan guru anak-anak mereka supaya boleh samasama membimbing dan mendorong anak mereka supaya memperoleh keputusan cemerlang.

“Jika dilihat ada antara pelajar cemerlang pada tahun lalu berasal dari sekolah yang jauh di pedalaman. Mereka terpaksa berjalan selama beberapa jam sebelum sampai ke sekolah. Namun, mereka masih mampu memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR,” katanya.

Maximus juga mengingatk­an ibu bapa supaya tidak menyalahgu­nakan insentif yang diberikan kepada anak-anak mereka. Pemberian insentif itu adalah untuk membeli keperluan persekolah­an.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Daerah Kota Marudu Datuk Akdan Datu Basran berkata, keputusan peperiksaa­n UPSR di daerah itu menunjukka­n peningkata­n sebanyak 3.40 peratus, iaitu meningkat dari 49.93 peratus lulus pada 2016 kepada 51.70 peratus pada tahun lalu.

“Malah pada tahun lalu, dua sekolah mencatatka­n keputusan 100 peratus lulus dalam Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tandek dan SMK Kota Marudu, dengan dua pelajar memperoleh keputusan 4.0.

“Daerah ini juga berada di tangga teratas bagi kawasan Utara Sabah dalam bidang sukan dan akademik apabila berada di tempat keempat dari 24 daerah yang bertanding dalam acara sukan,” katanya.

“ Jika dilihat ada antara pelajar cemerlang pada tahun lalu berasal dari sekolah yang jauh di pedalaman. Mereka terpaksa berjalan selama beberapa jam sebelum sampai ke sekolah. Namun, mereka masih mampu memperoleh keputusan yang baik dalam UPSR.

DATUK SERI DR MAXIMUS ONGKILI Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

 ??  ?? MAXIMUS bersama Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting bergambar bersama murid yang menerima insentif berkenaan.
MAXIMUS bersama Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting bergambar bersama murid yang menerima insentif berkenaan.
 ??  ?? MAXIMUS (dua kiri) menyampaik­an insentif kepada salah seorang penerima, Nurizatula­kma Zakariah dari SK Ongkilan yang memperoleh 6A dalam UPSR, turut kelihatan Pembantu Menteri pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting (kiri).
MAXIMUS (dua kiri) menyampaik­an insentif kepada salah seorang penerima, Nurizatula­kma Zakariah dari SK Ongkilan yang memperoleh 6A dalam UPSR, turut kelihatan Pembantu Menteri pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia