Utusan Borneo (Sabah)

12 peserta perdengar hafazan hari pertama MTHQA ke-60

-

KUALA LUMPUR: Peserta dari Kuwait, Abdul Rahman Alshuwaie, 21, adalah antara 12 peserta memperdeng­arkan hafazan pada hari pertama Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabang­sa (MTHQA) ke-60 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Selasa.

Melalui jurubahasa, anak kedua daripada lima beradik itu memberitah­u Bernama, beliau mengambil masa hanya dua tahun setengah semasa berusia 15 tahun untuk menghabisk­an hafazan 30 juzuk al-Quran.

“Saya mendapat pendidikan khas ini ketika saya berguru selama sebulan di Madinah sebelum menyambung pelajaran bersama empat lagi guru di Kuwait.

“Setiap hari saya akan menghafaz satu muka surat al-Quran dan mengulangi bacaan itu pada hari berikutnya,” kata guru sekolah menengah itu yang berkongsi rahsia kepada pemberita.

Mendapat dorongan daripada kedua ibu bapanya dalam hafazan kitab suci itu, Abdul Rahman berharap penyertaaa­n kali pertamanya pada majlis antarabang­sa itu akan membuahkan hasil.

Sementara itu, seorang lagi perserta wanita yang merupakan pelajar sekolah menengah aliran Islam dan Perancis dari Senegal, Maimouna Lo, 17, berkata beliau berasa lega dan gembira kerana gilirannya untuk menghafaz pada Selasa selesai.

Ibunya, Fataumata Dia, 42 yang dibantu dengan jurubahasa menjelaska­n anak sulung daripada enam beradik itu mendapat pendidikan awal al-Quran ketika masih kecil.

“Maimouna dihantar ke sekolah pengajian al-Quran seawal usia lima tahun selama empat tahun sebelum menyambung hafazannya,” kata beliau.

Berkongsi rahsia anaknya lancar dalam hafazan, Fataumata berkata beliau dan suami banyak mendorong kejayaan anak-anak untuk belajar mencintai al-Quran.

Suami beliau merupakan Presiden Persatuan SekolahSek­olah Hafazan di Senegal dan juga membuka sebuah sekolah menengah aliran itu, sedikit sebanyak menyumbang kejayaan anak-anaknya sehingga ke tahap ini.

MTHQA ke-60 yang berlangsun­g dari 7 hingga 12 Mei ini, akan berehat pada Rabu, 9 Mei, bagi memberi ruang kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia