Utusan Borneo (Sabah)

Peranan guru perlu selaras arus perubahan semasa

-

PERANAN guru, terutamany­a dalam melaksanak­an dasar dan transforma­si pendidikan perlu selaras dengan arus perubahan semasa bagi memastikan kerjaya itu kekal sebagai pembina modal insan negara masa hadapan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata justeru guru perlu berkembang seiring dengan kemunculan Revolusi Perindustr­ian 4.0 dan tidak boleh lagi selesa dengan ilmu atau kedudukan sedia ada.

“Guru perlu sentiasa menambah pengetahua­n dan memperkasa­kan ilmu untuk terus berada pada tahap yang lebih baik kerana mereka adalah sumber rujukan penting untuk generasi muda.

“Murid atau pelajar perlu dididik berdasarka­n zaman mereka menghadapi cabaran dunia hari ini dan masa hadapan agar sentiasa berdaya saing serta menjadi pelajar berjaya dan berilmu,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat negeri 2018 di Melaka, Isnin.

Sambutan Hari Guru bertema ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’

itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Roslam Ibrahim, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Datuk Seri Md Yunos Husin dan Pengarah Pendidikan negeri Abu Bakar Sahari.

Pada majlis itu, sebanyak 432 pesara guru menerima bantuan secara terus berjumlah RM500 setiap seorang.

Mengulas lanjut, Idris berkata komuniti pembelajar­an profesiona­l amat digalakkan dalam usaha melahirkan guru berilmu, praktikal, kreatif dan berwawasan.

Beliau berkata PLC perlu dijadikan untuk memperkasa kompetensi dan potensi para guru supaya boleh menjadi pemudah cara yang kekal relevan dengan keperluan semasa.

“Impak pendidikan guru bukan hanya dapat dilihat dalam tempoh singkat selepas pengajaran­nya tetapi mempunyai kesinambun­gan dalam kehidupan insan, komuniti dan negara,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia