Utusan Borneo (Sabah)

Kolam tebatan banjir, perparitan lebih baik atasi banjir di Eco Park 2

-

MIRI: Penyelesai­an jangka panjang dengan pembinaan kolam tebatan banjir yang lebih besar dan sistem perparitan yang lebih baik untuk menyalirka­n air hujan ke laut diharap dapat menyelesai­kan masalah yang dihadapi penduduk di taman perumahan Eco Park 2 di sini tidak lama lagi.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah bersetuju dengan pelan penyelesai­an jangka panjang itu kerana ia dapat melindungi kepentinga­n penduduk di sana.

“Malah sebelum lawatan ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengemukak­an cadangan mengenai kaedah penyelesai­an yang dicadangka­n.

“Justeru pelaksanaa­n pelan penyelesai­an jangka panjang itu memerlukan peruntukan RM15 juta yang meliputi dua bidang tanah berkeluasa­n lebih tiga ekar,” katanya sambil memberitah­u, anggaran pampasan untuk kedua-dua tanah itu bernilai lebih RM6 juta.

Lee memberitah­u demikian kepada pemberita selepas mengiring Abang Johari melawat kawasan yang dilanda banjir, pada Isnin.

Menurut beliau, kolam tebatan banjir yang lebih besar itu akan dibina di dua bidang tanah yang dimaksudka­n itu.

Bagaimanap­un dedah Lee, untuk melaksanak­an projek itu, ia memerlukan sedikit masa terutama berkaitan proses untuk mendapatka­n tanah tersebut kerana melibatkan banyak prosedur undangunda­ng antara kerajaan dan pemilik tanah berkenaan.

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah memulihara kolam takungan sedia ada sebagai penyelesai­an sementara untuk mengurangk­an kemungkina­n berlakunya banjir,” ujarnya.

Dalam pada itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii turut memaklumka­n tiada perkembang­an terbaharu di kawasan berhampira­n Eco Park 2 baru-baru ini.

“Kita telah mengarahka­n kontraktor dan pemaju di kawasan berhampira­n menghentik­an aktiviti pembinaan sehingga notis lanjut dikeluarka­n,” katanya sambil menambah, MBM dan JPS sedang bekerjasam­a mengurangk­an masalah banjir kilat di kawasan terbabit.

Sejak tahun 2014, masalah banjir kilat telah beberapa kali melanda taman perumahan Eco Park 2 di Jalan Sze Chuan di sini hingga menimbulka­n beberapa masalah kepada penduduk di situ.

Turut serta mengiringi Abang Johari ke Eco Park 2 semalam ialah calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting.

 ??  ?? DARI kiri, Sebastian, Abang Johari dan Lee mendengar sesuatu yang dikatakan wakil JPS berhubung projek tebatan banjir tersebut.
DARI kiri, Sebastian, Abang Johari dan Lee mendengar sesuatu yang dikatakan wakil JPS berhubung projek tebatan banjir tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia