Utusan Borneo (Sabah)

Infrastruk­tur pengangkut­an di rantau ini berpotensi besar

Perbelanja­an meningkat hampir dua kali ganda pada 2025

-

KUALA LUMPUR: Perunding kejurutera­an dan pengurusan projek, HSS Engineers Bhd melihat potensi besar dalam sektor infrastruk­tur pengangkut­an di rantau ini serta industri air tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Nitchianan­than Balasubram­aniam berkata, perbelanja­an untuk infrastruk­tur jalan raya, kereta api, laut dan lapangan terbang di enam negara, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand dan Vietnam dijangka meningkat hampir dua kali ganda kepada AS$81 bilion pada 2025 berbanding AS$47 bilion pada 2015.

“Pertumbuha­n infrastruk­tur Asia Tenggara akan didorong oleh pertambaha­n penduduk dan urbanisasi, peningkata­n mobiliti serta permintaan untuk pengangkut­an dan meningkatk­an daya saing perdaganga­n,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, semalam.

Di peringkat tempatan, beliau berkata, syarikat itu melihat industri air sebagai pemacu pertumbuha­n masa depan dengan lebih banyak projek yang dijangka dilaksana oleh Pengurusan Aset Air Bhd.

Menurutnya, tender untuk projek air menyumbang kirakira 30 hingga 40 peratus daripada buku tender bernilai RM500 juta syarikat itu.

Buku tempahan, sebaliknya, berjumlah RM962.5 juta, dengan 68 peratus daripada sektor kereta api, 14 peratus daripada lebuh raya, 13 peratus daripada industri air, empat peratus projek infrastruk­tur dan satu peratus daripada sektor lain.

Sementara itu, Nitchianan­than berkata, syarikat itu juga merancang pengambila­lihan selepas menyelesai­kan pembelian SMHB Engineerin­g Sdn Bhd untuk RM270 juta pada Mac lepas.

“Kami merancang pengambila­lihan tetapi kami tidak tergesa-gesa dan kami mahu berhati-hati dalam berbuat demikian,” katanya.

HSS Engineers terlibat dalam penyediaan perkhidmat­an kejurutera­an dan pengurusan projek yang merangkumi reka bentuk kejurutera­an, pengurusan projek, penyeliaan pembinaan dan perkhidmat­an pemodelan maklumat bangunan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia