Utusan Borneo (Sabah)

SP Setia, Tradewinds bangunkan projek perumahan untuk DBKL

-

KUALA LUMPUR: Retro Highland Sdn Bhd, jentera tujuan khas milik bersama SP Setia Bhd dan Tradewinds Corporatio­n Bhd, akan melaksanak­an projek penswastaa­n untuk Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pertukaran kepada tanah seluas 21.14 hektar di Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, SP setia berkata projek Perumahan Rakyat Berkualiti Tinggi (QSPH) membabitka­n pembinaan 3,971 unit kediaman, 112 unit kedai/gerai, pasar dan kemudahan awam.

Sebagai balasan, DBKL akan memindahka­n tanah pegangan kekal di Cheras (tukar tanah) bernilai RM1.19 bilion, kepada Retro Land, bebas daripada bebanan.

Kedua-dua tanah pembanguna­n QSPH dan kawasan tanah yang ditukarkan terletak di tenggara kawasan Chan Sow Lin di Kuala Lumpur dan timur Stesen LRT Cheras.

Retro Highland semalam menandatan­gani perjanjian penswastaa­n dengan DBKL untuk perancanga­n, reka bentuk, pembinaan, penyiapan dan pengoperas­ian projek QSPH.

SP Setia berkata pembanguna­n QSPH meliputi dua fasa, masing-masing untuk tempoh empat tahun.

Fasa pertama mengandung­i 1,192 unit kediaman manakala fasa kedua meliputi 2,779 unit kediaman, 112 kedai/gerai, 244 lot pasar dan kemudahan awam.

Sementara itu, Retro Highland merancang melaksanak­an projek pembanguna­nj bersama di tanah yang ditukar itu dengan projek pembanguna­n bercampur dengan nilai pembanguna­n kasar RM11.03 bilion dalam tempoh 11 tahun.

Pembanguna­n QSPH dan cadangan pembanguna­n tanah bersebelah­an itu dijangkaka­n dibiayai menerusi pinjaman bank, dan/atau dana janaan dalaman.

“Perjanjian ni adalah atas kepentinga­n terbaik syarikat. Tertakluk kepada sebarang syarat dan pembanguna­n QSPH, perjanjian penswastaa­n itu dijangkaka­n siap pada 2028,” kata SP Setia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia