Utusan Borneo (Sabah)

Maybank sasar RM50 bilion bil kad kredit tahun ini

-

KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarka­n peningkata­n 16 hingga 18 peratus peningkata­n jumlah perbelanja­an pelanggan menggunaka­n kad kerdit kepada RM50 bilion tahun ini.

Ketua Perkhidmat­an Kewangan Komuniti (CFS) Malaysia Datuk Hamirullah Boorhan berkata bil kad kredit bank itu akan terus meningkat tahun ke tahun, dengan bil yang direkodkan tahun lepas meningkat 12 peratus.

“Tahun ini kami menjangkak­an pertumbuha­n yang lebih positif dan lebih tinggi daripada tahun lepas, dengan menggalakk­an lebih ramai pelanggan menggunaka­n kad berbanding tunai.

“Dengan menggunaka­n kad. pelanggan dapat mengesan perbelanja­an selain mendapat galakkan menerusi ganjaran mata ketika berbelanja yang memberikan nilai yang lebih baik kepada mereka,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Maybank Treat Fair ke-13 di sini barubaru ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan CFS Datuk Lim Hong Tat berkata terdapat kira-kira dua juta pemegang kad kredit Maybank di Malaysia.

“Kami menerajui dalam semua bidang, dengan penguasaan pasaran sebanyak 20 peratus dan 40 peratus pedagang, 28 peratus dari segi bil dan dari segi terimaan, kami menduduki tempat pertama dengan 80 peratus penguasaan pasaran,” katanya.

Beliau berkata terimaan, yang mengukur jumlah yang belum dijelaskan oleh pelanggan, merupakan ukuran yang lebih penting berbanding bilangan kad yang dikeluarka­n, dan menambah Maybank mengambil alih tempat pertama daripada satu penggiat kad antarabang­sa pada 2016.

“Kami menganggap diri kami sebagai penggiat kad yang tidak boleh dipertikai­kan dari segi pedagang, penerbitan kad, bilangan kad, bil dan terimaan,” katanya.

BagiTreats Fair tahun ini, beliau berkata bank itu menjangkak­an lebih 250,000 pelawat, menjana jualan melebihi RM20 juta dan tiga bilion TreatsPoin­ts untuk ditebus.

Mengetenga­hkan 250 peniaga, acara empat hari itu menawarkan peralatan IT, barangan isi rumah dan pendidikan, peralatan dapur dan pakej pelanconga­n.

Sempena pameran tersebut, Maybank juga melancarka­n Aplikasi Fan Fan Football pertama di dunia usaha sama dengan Manchester United Club, bagi memperkena­lkan Maybank Islamic World Mastercard Ikhwan Cardi, kad premium Islam, melengkapk­an barisan produk Ikhwan.

“Kami menyasarka­n untuk mengeluark­an 10,000 kad dalam tempoh 12 bulan dan antara ciri unik kad itu akan menyaksika­n 0.2 peratus perbelanja­an antarabang­sa disumbangk­an untuk wakaf,” katanya.

Turut hadir pada pelancaran aplikasi itu ialah legenda Manchester United, Mikael Silvestre.

Lim berkata App Fan Football akan membolehka­n kumpulan itu memanfaatk­an aplikasi gamifikasi yang memudahkan pemeroleha­n, ganjaran dan kesetiaan kad, dan cabutan bertuah menerusi aplikasi permainan tunggal.

“Kajian pasaran Forbes menunjukka­n gamifikasi mempunyai penglibata­n 10 kali lebih tinggi berbanding saluran tradisiona­l lain. Pengguna gamifikasi mudah alih dijangkaka­n 66 peratus lebih cenderung untuk berkongsi pengalaman baik mereka melalui media sosial berbanding orang lain.

Oleh itu, penting bagi bank untuk terus berkembang dan melaksanak­an cara inovatif untuk melibatkan pelanggan kami,” katanya.

Aplikasi permainan merupakan permainan kompetitif masa nyata yang membawa peminat Manchester United lebih dekat dengan permainan dan kelab mereka.

Satu pertanding­an akan diadakan sebagai sebahagian daripada pelancaran aplikasi dan pemenang hadiah utama akan memenangi perjalanan dua orang, termasuk tiket penerbanga­n dan penginapan, bagi menyaksika­n Manchester Unit e d berak sidi Old Trafford. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia