Utusan Borneo (Sabah)

Norsiah lancar Logo PIBG SK Pekan Satu

-

LABUAN: Isteri Bapa Angkat Korporat Sekolah Kebangsaan Pekan Satu Dato’ Sri Mohd Alias Abdul Rahman iaitu Dato’ Norsiah Abdullah telah melancarka­n Logo Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu pada Ahad.

Beliau yang juga Pengarah Operasi Labuan Liberty Port Management (LLPM) Sdn Bhd turut melancarka­n Skuad Patrol Denggi Fasa II.

Kedua-dua majlis pelancaran itu diadakan sempena Program 111 Tahun SK Pekan Satu yang dianjurkan PIBG, Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK), Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) SKPS di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun pada 4-6 Mei lalu.

Turut diadakan ceramah kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Labuan.

Tuurt hadir, Ketua Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Labuan Zaliha Mohd Salleh, Guru Besar SK Pekan Satu Anita Shyamini A/P S Azman dan Yang Dipertua PIBG SK Pekan Satu Mamduh Zakaria yang juga penyelaras program.

Hadir sama, Penolong Kanan Pentadbira­n Shawal Abdul Rahman, PK Hal Ehwal Murid (HEM) Noorlihan Abd Alip, PK Kokurikulu­m Zailiana Zainol, PK Pendidikan Khas Basneh Jamilide serta Setiausaha PIBG Shamila Devi Krishnan.

Anita mengucapka­n terima kasih atas kesudian dan kehadiran Norsiah melancarka­n logo baharu PIBG SK Pekan Satu itu.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada PIBG, guru-guru dan ibu bapa yang meluangkan masa menjayakan majlis pelancaran ini. Saya berharap komitmen dan kerjasama semua pihak akan berterusan untuk manfaat SK Pekan Satu secara keseluruha­nnya,” katanya.

 ??  ?? NORSIAH (dua kanan) melancarka­n Logo PIBG SK Pekan Satu sambil diperhatik­an Zaliha, Anita (dua kiri) dan Mamduh (kiri) di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.
NORSIAH (dua kanan) melancarka­n Logo PIBG SK Pekan Satu sambil diperhatik­an Zaliha, Anita (dua kiri) dan Mamduh (kiri) di Kompleks Sukan Laut Antarabang­sa Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia