Utusan Borneo (Sabah)

Ahli peladang diminta teroka industri hiliran

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

KUALA PENYU: Ahli Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) diminta mempelbaga­ikan aktiviti ekonomi termasuk meneroka peluang dalam industri hiliran memproses hasil keluaran menjadi produk komersil bernilai tinggi.

Pengerusi PPNS Datuk Mohd Nazri Abdullah berkata ahli peladang tidak boleh sekadar menghasilk­an bahan mentah untuk dipasarkan, sebaliknya mempelbaga­ikan hasil keluaran supaya dapat memenuhi permintaan pasaran.

Katanya, dengan memproses sesuatu keluaran menjadi produk komersil, pengusaha boleh mendapat nilai harga yang lebih kompetitif.

Beliau mengambil contoh penghasila­n pisang dan nanas yang boleh diproses menjadi makanan ringan seperti kerepek dan gulagula.

“Selain mendapat harga yang lebih baik, pemprosesa­n produk sedemikian juga boleh mendapat pasaran lebih luas sama ada di dalam negeri mahupun dieksport ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Muafakat Peladang di sini pada Isnin. Pada majlis itu, seramai 195 asnaf menerima bantuan.

Program dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dengan kerjasama PPNS dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beaufort.

Nazri yang juga timbalan pengerusi Nafas berkata penerokaan kepada industri hiliran penting memandangk­an ketika ini negara masih mengimport sejumlah makanan dari luar negara bagi memenuhi keperluan tempatan.

“Dengan meneroka peluang seperti ini, ahli peladang akan turut dapat meningkatk­an sosioekono­mi keluarga,” katanya.

 ??  ?? NAZRI berucap pada majlis itu.
NAZRI berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia