Utusan Borneo (Sabah)

Usaha pupuk perpaduan rakyat

JPNIN Kota Marudu terima geran RM47,000

-

KOTA MARUDU: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah bagi daerah ini menerima geran RM47,000 daripada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Jonithy Ongkili pada Majlis sambutan Minggu Perpaduan dan Karnival Kawasan Rukun Tetangga (KRT), di sini.

Sebelum ini, peruntukan RM29,000 turut disumbangk­an kepada JPNIN kemudian disalurkan kepada KRT bagi Daerah Kecil Matunggong yang juga termasuk dalam Parlimen Kota Marudu, dengan jumlah keseluruha­n JPNIN bagi Parlimen Kota Marudu menerima RM76,000 bagi melaksanak­an program KRT masing-masing.

Berucap di majlis itu, Maximus berkata JPNIN merupakan agensi Kerajaan Persekutua­n yang banyak menyumbang dalam kepelbagai­an terutamany­a perpaduan rakyat berbilang kaum.

Katanya, KRT yang dinaungi oleh JPNIN lebih fokus kepada program yang mendekatka­n rakyat jelata keseluruha­nnya.

Terdahulu, Pengarah JPNIN Sabah Delin Liet Blaun berkata Maximus merupakan pengasas kepada KRT Parlimen Kota Marudu yang pada mulanya hanya sebuah sahaja KRT di kawasan DUN Tandek kemudian berkembang sehinggala­h ke Pitas.

“KRT bertindak membantu kerajaan membangunk­an perpaduan rakyat berbilang kaum bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa di samping mendekatka­n diri dengan bidang pendidikan,” katanya.

Pegawai Daerah Kota Marudu Arnold Joibi pula berkata, Pejabat Daerah Kota Marudu sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik kepada mana-mana agensi dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu membangunk­an daerah ini dalam pelbagai sudut, terutamany­a dalam pendidikan, ekonomi dan perpaduan demi keharmonia­n dan kemakmuran bersama.

Pada majlis itu, Maximus bersama rombongan melawat 47 gerai pameran oleh KRT yang terlibat dan menyampaik­an geran kepada 47 pengerusi KRT Daerah Kota Marudu.

Selain itu, beliau turut menyampaik­an hadiah pertanding­an melukis dan mewarna kanak-kanak serta ibu bapa dalam KRT, pertanding­an masakan tradisi suku kaum dan pertanding­an Bintang Kecil JPNIN Kota Marudu 2018.

Bagi memeriahka­n lagi majlis, diadakan persembaha­n hiburan oleh artis tanah air, persembaha­n tarian kebudayaan pelbagai suku kaum, persembaha­n nyanyian murid-murid Tadika Perpaduan dengan bimbingan maskot serta cabutan pengunjung bertuah.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting serta Ketua Pegawai JPNIN Kota Marudu, Pitas dan Matunggong Nasiruddin Ahmad.

“KRT bertindak membantu kerajaan membangunk­an perpaduan rakyat berbilang kaum bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa di samping mendekatka­n diri dengan bidang pendidikan.

DELIN LIET BLAUN

Pengarah JPNIN Sabah

 ??  ?? MAXIMUS diiringi oleh Anita, Arnold, Hussein dan yang lain melawat gerai pameran KRT Bengkongan yang menyediaka­n pelbagai produk suku kaum Bajau/Samah Kota Marudu.
MAXIMUS diiringi oleh Anita, Arnold, Hussein dan yang lain melawat gerai pameran KRT Bengkongan yang menyediaka­n pelbagai produk suku kaum Bajau/Samah Kota Marudu.
 ??  ?? KANAK-KANAK Tadika Perpaduan dan ibu bapa menyertai pertanding­an melukis dan mewarna.
KANAK-KANAK Tadika Perpaduan dan ibu bapa menyertai pertanding­an melukis dan mewarna.
 ??  ?? KANAK-KANAK Tadika Perpaduan mempersemb­ahkan pelbagai tarian dibimbing oleh maskot yang diundang khas.
KANAK-KANAK Tadika Perpaduan mempersemb­ahkan pelbagai tarian dibimbing oleh maskot yang diundang khas.
 ??  ?? DELIN (dua dari kanan) menyampaik­an sebuah basikal cabutan pengunjung bertuah.
DELIN (dua dari kanan) menyampaik­an sebuah basikal cabutan pengunjung bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia