Utusan Borneo (Sabah)

Bukti ketelusan pilihan raya

Kehadiran pemerhati antarabang­sa pantau PRU14

-

PUTRAJAYA: Kehadiran pemerhati antarabang­sa bagi memantau proses Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) yang akan berlangsun­g hari ini membuktika­n ketelusan sistem pilihan raya di negara ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Othman Mahmood.

Beliau berkata seramai 25 orang pemerhati antarabang­sa yang dijemput dari sembilan negara iaitu Azerbaijan, India, Indonesia, Kemboja, Kyrgyztan, Maldives, Pakistan, Thailand dan Uzbekistan, mempunyai pengalaman dalam proses pilihan raya di negara masing-masing.

“Di samping membuktika­n proses pilihan raya yang telus, kehadiran kesemua pemerhati antarabang­sa ini memberi input kepada pihak SPR bagi menambah baik proses pilihan raya negara kita pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita di Pusat Penjumlaha­n Undi Parlimen Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini pada Selasa.

Terdahulu, Othman bersama sebahagian daripada pemerhati antarabang­sa terbabit meninjau pusat tersebut dan menyaksika­n proses semakan peti undi.

Menurutnya kesemua pemerhati tersebut akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan sebelum dibawa ke pusat pengundian di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan hari ini bagi memantau proses pengundian PRU14.

Sementara itu,Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia, Arief Budiman yang akan memerhati proses pengundian di Negeri Sembilan hari ini berkata beliau berharap pilihan raya hari ini akan berjalan dengan lancar dan telus.

“Saya berharap pilihan raya Malaysia berkualiti dan akan mendapat kepimpinan yang sangat berkualiti” katanya. TAN SRI OTHMAN MAHMOOD

Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR)

Ketua Sekretaria­t Suruhanjay­a Pilihan Raya Pusat Azerbaijan, Rovzat Gasimov berharap pengundi Malaysia akan melaksanak­an hak mereka untuk mengundi bagi memilih pentadbira­n negara.

“Bagi sesebuah pilihan raya, paling utama ialah pengundi keluar mengundi. Jadi, semoga rakyat Malaysia akan ke pusat pengundian hari ini bagi membuang undi mereka,” katanya.Bernama

“Di samping membuktika­n proses pilihan raya yang telus, kehadiran kesemua pemerhati antarabang­sa ini memberi input kepada pihak SPR bagi menambah baik proses pilihan raya negara kita pada masa akan datang, ”

 ?? -Gambar Bernama ?? OTHMAN (empat, kanan) memberi penerangan kepada sebahagian pemerhati antarabang­sa yang memantau perjalanan proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Parlimen Putrajaya di Pusat Penjumlaha­n Undi di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9, pada...
-Gambar Bernama OTHMAN (empat, kanan) memberi penerangan kepada sebahagian pemerhati antarabang­sa yang memantau perjalanan proses Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Parlimen Putrajaya di Pusat Penjumlaha­n Undi di Dewan Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 9, pada...
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia