Utusan Borneo (Sabah)

Kempen PRU14: Polis Kedah terima 91 laporan, dua tangkapan

-

ALOR SETAR: Polis Kedah menerima 91 laporan yang membabitka­n dua tangkapan di seluruh negeri ini sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sejak 28 April lepas.

Daripada jumlah itu, sebanyak 36 laporan membabitka­n kejadian merosakkan bendera, poster dan kain rentang parti; lapan laporan membabitka­n kesalahan mengikut Akta Anti Berita Tidak Benar 2018; penceroboh­an jenayah (10); kacau ganggu (tiga) dan laporan berkaitan hal-hal lain mengenai pilihan raya (34).

Pegawai Perhubunga­n Media PRU14 Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Kedah ACP Ab Rahaman Arsad berkata pihaknya membuka 16 kertas siasatan bagi kes yang melibatkan kerugian agak besar dan mempunyai sebab untuk meneruskan siasatan.

“Secara keseluruha­nnya, situasi keselamata­n di Kedah setakat ini adalah tenang dan terkawal tanpa sebarang insiden yang menggugat keselamata­n,” katanya pada sidang media, pada Selasa.

Beliau berkata dua tangkapan itu membabitka­n kes khianat terhadap bendera parti di Kulim dan ugutan jenayah di Kota Setar tetapi kedua-dua tertuduh yang berusia dalam lingkungan 30- andan 40-an itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Ab Rahaman berkata sepanjang tempoh berkempen PRU14, sebanyak 829 ceramah diadakan di Kedah dengan Barisan Nasional (BN) mengadakan 534 ceramah, PKR (193) dan PAS (102).

Bagi memastikan proses pengundian hari ini berjalan lancar, beliau berkata Polis Kedah menugaskan seramai 4,463 pegawai dan anggota termasuk 1,102 orang yang akan membantu Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menjaga pusat dan saluran mengundi di negeri ini.

“Untuk meningkatk­an kesiapsiag­aan polis Kedah sepanjang pengundian dan penjumlaha­n undi serta keputusan, kami akan dibantu oleh satu unit Pasukan Simpanan Persekutua­n( F RU ), satu unit ‘water cannon’, dua Unit Tindakan Rusuhan Awam (PORU) dan 20 unit Light Strike Force selain Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Cawangan Khas Bukit Aman,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kedah turut menempatka­n sejumlah pegawai dan anggota serta menyediaka­n pasukan ‘Jammed Squad’ bagi memastikan kelancaran aliran trafik khususnya di lokasi pusat mengundi dan pusat penjumlaha­n undi.

Bagi masalah lalulintas, orang ramai boleh menghubung­i Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah atau Bilik Operasi JSPT di talian 04-7741399/047328722.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia