Utusan Borneo (Sabah)

Chongqing nafi ada menawarkan kontrak lumayan dapatkan Iniesta

-

SHANGHAI, China: Kelab Chongqing Lifan di China menafikan ada membuat tawaran lumayan untuk mendapatka­n khidmat kapten Barcelona, Andres Iniesta ketika media Sepanyol berkata pemain itu mungkin sekarang akan berpindah ke Jepun atau Australia.

Laporan di China dan Sepanyol mengaitkan Chongqing dengan pemain berusia 33 tahun itu, yang akan meninggalk­an Barcelona selepas dua dekad penuh kejayaan.

Chongqing berkata Iniesta tidak akan menyertai mereka “sebagai pemain” tetapi membuka pintu untuk kerjasama di masa hadapan dengan pemain tengah, yang mempunyai pertalian pemasaran dengan bandar raya di China itu.

Choingqing menambah mereka mahu menyokong “pembanguna­n sihat bola sepak China” – satu rujukan kepada usaha China membasmi perbelanja­an melampau pemain asing dan lebih memberi fokus kepada bakat tempatan.

“Kelab kami tidak akan melanggar prospek pembanguna­n bola sepak China dan kami berazam untuk memberi sumbangan kepada pembanguna­n sihat bola sepak China,” kata satu kenyataan.

Kelab Vissel Kobe dari Jepun, disebut-sebut sebagai destinasi kemungkina­n untuk Iniesta tetapi mereka tidak memberi sebarang ulasan apabila ditanya oleh AFP.

Persekutua­n Bola Sepak Australia juga enggan mengulas selepas laman sesawang sukan Sepanyol, Sport, menamakan kelab dalam Liga Australia sebagai “destinasi pilihan” Iniesta.

Chongqing, di barat daya China, menjadi calon mengejut mendapatka­n khidmat Iniesta – salah seorang pemain tengah terbaik dalam generasiny­a – walaupun mereka bukan kelab besar secara tradisinya dalam bola asepak China.

Satu-satu kejayaan besar kelab ialah Piala FA pad 2000 tetapi Iniesta ada berkunjung ke bandar raya dengan 30 juta penduduk itu sebelum ini untuk acara promosi dan bekerjasma rapat dengan agensi pemasaran sukan, Desports.

Desports diasaskan oleh ahli perniagaan China dan pengerusi Chongqing, Jiang Lizhang, yang dikatakan mengetuai usaha untuk membawa Iniesta ke kelabnya.

Chongqing adalah kelab kedua dari China yang menolak kemungkina­n menjadi destinasi Iniesta selepas Tianjin Quanjian mengancam tindakan undang-undang untuk menamatkan laporan mengaitkan mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia