Utusan Borneo (Sabah)

10 atlet ke Filipina

Sebagai persediaan menghadapi SUKMA Ke-19 Perak 2018, September depan

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

“Selepas kira-kira tiga minggu menjalani latihan pusat, atlet-atlet kita ini yang juga sandaran pingat emas pada SUKMA Perak nanti akan didedahkan dengan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka ” Filipina pada 31 Mei-4 Jun di Bandaraya Ilagan.

ALI AMAN

KOTA KINABALU: Atlet olahraga Sukan Malaysia (SUKMA) Sabah akan membuat persiapan dan didedahkan dengan kejohanan di Filipina sebagai persediaan menghadapi SUKMA Ke-19 Perak 2018, September depan.

Persiapan dan pendedahan di Filipina itu melibatkan dua fasa iaitu pada 7 Mei hingga 6 Jun (fasa satu) dan OgosSeptem­ber (fasa dua).

Skuad olahraga yang terdiri daripada 10 atlet dan tiga jurulatih telah berangkat ke Filipina pada Isnin untuk menjalani latihan pusat di Pusat Latihan Kebangsaan, Pengurus pasukan Bandaraya Baguio, Filipina.

“Selepas kira-kira tiga minggu menjalani latihan pusat, atlet-atlet kita ini yang juga sandaran pingat emas pada SUKMA Perak nanti akan didedahkan dengan menyertai Kejohanan Olahraga Terbuka Filipina pada 31 Mei-4 Jun di Bandaraya Ilagan.

“Selepas itu mereka balik (ke Sabah) tetapi akan kembali semula ke Filipina untuk persiapan akhir sebelum ke SUKMA,” kata pengurus pasukan Ali Aman ketika dihubungi sebelum berlepas ke Filipina pada Isnin.

Skuad olahraga ke Filipina itu terdiri daripada atlet Riksi Tahir dan Zaidiekhan Kanisus (400m, 4x400m), Zulkifli Saidin (lontar peluru), Shahrimien Saimoh (400m, 4x400m), Mohammad Erwan Amir Hamja (800m, 1,500m), Brynoth Alarick Larry (lontar peluru), Marlin Hing William (1500m, 5000m), Karmentina Nadia Quadra (100m lari berpagar), Chelsea Cassiopea Evali (100m, 200m, 4x100m) dan Isiah Ng (400m).

Mengiringi skuad olahraga itu adalah Ali dan dua jurulatih Sulaiman Arman dan Mario Ocado Pajarillo. SUKMA Perak dijadualka­n berlangsun­g pada 12-22 September dan mempertand­ingkan 29 jenis sukan.

 ??  ?? ATLET olahraga SUKMA Sabah bersama Ali (berdiri, tiga dari kiri) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu sebelum berlepas ke Filipina pada Isnin.
ATLET olahraga SUKMA Sabah bersama Ali (berdiri, tiga dari kiri) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu sebelum berlepas ke Filipina pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia