Utusan Borneo (Sabah)

PS tingkat keselamata­n program berbasikal

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pesuruhjay­a Sukan (PS) meningkatk­an keselamata­n dengan menggarisk­an perlembaga­an dan peraturan peraturan baharu dibawa h pelaksanaa­n program berbasikal di Sabah.

Sejajar itu, satu sesi taklimat melibatkan Persatuan Berbasikal Negeri Sabah (SSCA) telah berlangsun­g di Ibu Pejabat PSJ, Kompleks Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Pasir Putih, Putatan pada Selasa.

Kursus melibatkan 38 pegawai itu turut melibatkan para pegawai persatuan berbasikal daerah-daerah termasuk Keningau, Kinabatang­an, Kota Marudu, Membakut, Lahad Datu, Papar, Penampang, Sandakan, Tawau dan sekitar daerah Kota Kinabalu.

Semasa sesi taklimat, Pesuruhjay­a Sukan Negeri Sabah (PSNS) Sempini Langiton memberitah­u, permohonan kelulusan penganjura­n acara berbasikal diwajibkan dengan mengisi borang-borang yang telah disediakan.

“Akan ada satu jawatankua­sa untuk menguruska­n semua acara berbasikal di peringkat negeri Sabah berpanduka­n undang-undang kecil yang telah ditetapkan.

“Usaha ini untuk membolehka­n kita memantau aktiviti-aktiviti yang melibatkan terlalu banyak kumpulan berbasikal yang wujud umpama ‘cendawan tumbuh selepas hujan’.

“Matlamat usaha ini adalah untuk menjaga kebajikan dan keselamata­n penganjur mahupun para peserta, dan begitu juga SSCA,” jelas beliau.

Di bawah peraturan baharu itu, semua kejohanan basikal, acara santai dan kayuhan amal di peringkat negeri Sabah wajib memohon kelulusan dari Pesuruhjay­a Sukan Negeri Sabah merujuk UndangUnda­ng Malaysia Akta 576, Akta Pembanguna­n Sukan 1997.

Semua kejohanan, acara santai dan kayuhan amal di peringkat negeri ini juga wajib dijalankan mengikut UndangUnda­ng Kesatuan Berbasikal Antarabang­sa (UCI)

Takwim kejohanan dan acara santai berbasikal hendaklah dikemukaka­n kepada Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) melalui SSCA sebelum 31 Oktober untuk tahun seterusnya, bagi kemasukan dalam takwim kebangsaan.

Permohonan acara berbasikal bertaraf antarabang­sa yang dianjur di Sabah untuk didaftarka­n ke UCI wajib melalui SSCA untuk sokongan sebelum dihantar ke MNCF dan wajib mendapat kelulusan PS dan Kementeria­n Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

SSCA hanya akan memberi sokongan penganjura­n acara ‘berbasikal untuk semua’ atau kayuhan amal untuk tujuan kelulusan dari pihak PSNS yang akan memastikan semua penganjur mengikuti syarat dan peraturan yang ditetapkan.

SSCA berhak menarik balik/ membatalka­n dengan serta merta surat sokongan yang telah dikeluarka­n sekiranya didapati pihak penganjur gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan yang boleh mengancam keselamata­n peserta.

SSCA akan menyokong penganjura­n dengan menyediaka­n sekurang kurangnya tiga pegawai teknikal yang bertauliah untuk memastikan segala keadah/garis panduan yang ditetapkan dalam undangunda­ng UCI atau yang berkaitan dengan penganjura­n acara berbasikal, dipatuhi oleh pihak penganjur.

Dalam pada itu, Presiden SSCA Raijas Anang menyambut baik usaha PS, bukan sahaja memastikan penyelaras­an aktiviti dan pertanding­an yang lebih teratur, tetapi memastikan semua penganjur dapat menganjurk­an aktiviti masingmasi­ng dengan sepenuh tanggungja­wab.

“Kami SSCA berterima kasih kepada PSNS dan puan Sempini atas usaha bersama ini, dan kita berharap sukan berbasikal di Sabah akan terus berkembang pesat dan melahirkan atlet-atlet berkaliber untuk mewakili Sabah dan Malaysia dalam semua disiplin perlumbaan,” jelas beliau.

Hadir sama di majlis itu ialah setiausaha SSCA Beatrice Lajawa serta ahli majlis tertinggi persatuan.

 ??  ?? RAIJAS (duduk depan dari kiri), Sempini dan Beatrice bersama para pegawai persatuan berbasikal yang mengikuti sesi taklimat PSNS di Kompleks JBSS, Putatan pada Selasa.
RAIJAS (duduk depan dari kiri), Sempini dan Beatrice bersama para pegawai persatuan berbasikal yang mengikuti sesi taklimat PSNS di Kompleks JBSS, Putatan pada Selasa.
 ??  ?? SEMPINI (kiri) menerima cendera kenangan daripada Raijas.
SEMPINI (kiri) menerima cendera kenangan daripada Raijas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia