Utusan Borneo (Sabah)

Suasana tenang di ibu negeri selepas PRU14

Kegiatan harian, premis perniagaan berjalan seperti biasa

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Suasana di ibu negeri beroperasi seperti biasa walaupun rakyat negeri ini berhadapan sejarah perubahan dalam Pilihan Raya Umum (PRU14 kali ini.

Tinjauan yang dilakukan di sekitar bandaraya ini mendapati rata-rata premis perniagaan beroperasi seperti biasa dan pelancong serta orang ramai bergerak seperti sebelum ini.

Warga bandaraya, Camy Dominic, 30, berharap parti yang bakal memerintah menunaikan tanggungja­wab yang telah dijanjikan.

“Rakyat telah membuat pilihan dan memberi peluang kepada parti politik untuk memerintah dan saya berharap ia bukan sekadar janji ‘terang bulan’ sahaja.

“Saya juga berharap kerajaan yang bakal dibentuk akan memperheba­tkan lagi ekonomi negara,” katanya di sini pada Khamis.

Dalam konteks Kerajaan Persekutua­n, beliau berkata Pakatan Rakyat (PH) sebelum ini mempunyai manifesto yang ingin memansuhka­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Justeru, beliau berharap janji itu ditunaikan untuk manfaat rakyat.

“Barang yang mahal menyebabka­n kos sara hidup tinggi, dengan ini, sebagai rakyat Sabah, diharapkan kerajaan baharu ini dapat menangani masalah rakyat ini,” katanya.

Sementara itu, kakitangan sewta, Karen Bayangad, 31, berharap kerajaan baharu di peringkat Persekutua­n menunaikan janji menerusi peluang yang diberikan seperti melangsaik­an hutang dan menstabilk­an kembali ekonomi negara.

Beliau juga berharap harga barangan di Sabah diselarask­an dengan Semenanjun­g Malaysia di samping kemudahan lain yang memberi faedah kepada rakyat.

“Kemajuan ekonomi negeri atau negara ini sangat bergantung pada keupayaan pelaburan dari luar,” katanya.

Katanya, Sabah mempunyai sektor pelanconga­n yang kini menjadi tulang belakang kepada perkembang­an ekonomi negeri ini.

Tambahnya, Sabah juga kaya dengan sumber asli yang boleh dibangunka­n untuk masa depan yang lebih makmur.

“Rakyat telah membuat pilihan dan memberi peluang kepada parti politik untuk memerintah dan saya berharap ia bukan sekadar janji ‘terang bulan’ sahaja. Saya juga berharap kerajaan yang bakal dibentuk akan memperheba­tkan lagi ekonomi negara.”

CAMY DOMINIC, Warga bandaraya

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KAREN
KAREN
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu
KEADAAN di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia