Utusan Borneo (Sabah)

‘Avengers’ ketepikan saingan, terus dominasi ‘box office’

-

FILEM ‘Avengers: Infinity War’ mempamerka­n semula kekuatanny­a pada hujung minggu lepas di pawagam Amerika Utara apabila ia mengaut AS$114.8 juta dan meninggalk­an filem-filem terkemuka lain jauh di belakang, menurut perangkaan yang dikeluarka­n Isnin lepas.

Kutipan selama tiga hari oleh epik adiwira Marvel itu memberikan­nya hujung minggu kedua yang kedua tertinggi sepanjang zaman, hanya di belakang ‘Star Wars: The Force Awakens’. Hanya lima buah filem sahaja pernah mencecah AS$100 juta pada hujung minggu kedua.

‘Avengers’ menyaksika­n bala tentera adiwira yang sebenarnya – termasuk Dr Strange (Benedict Cumberbatc­h), Black Widow (Scarlett Johansson), Ironman (Robert Downey Jr) dan Black Panther (Chadwick Boseman) – menggemble­ng tenaga untuk menyelamat­kan alam semesta daripada makhluk asing ungu yang berkuasa, Thanos (Josh Brolin).

Pada peringkat global, ‘Avengers’ mencecah AS$1 bilion dalam masa hanya 11 hari sahaja – yang paling pantas dalam sejarah – dan ia belum lagi dibuka di China.

Namun dengan kejayaanny­a yang begitu besar, ‘Avengers’ tidak memberi banyak ruang kepada pesaingnya.

Filem yang mengaut keuntungan kedua tertinggi di Amerika Utara, filem komedi romantik baharu ‘Overboard’, ketinggala­n jauh di belakang dengan hanya AS$14.7 juta sahaja.

Anna Faris dan Eugenio Derbez membintang­i pembikinan semula Lionsgate bagi sebuah filem pada 1987 tentang seorang ibu tunggal susah yang meyakinkan seorang kaki perempuan kaya yang ada amnesia (hilang ingatan) bahawa mereka adalah suami-isteri.

Di tempat ketiga adalah filem sains fiksyen seram terbitan Paramount ‘A Quiet Place’, dengan AS$7.8 juta.

Penerbitan yang hampir senyap itu dibintangi pelakon-pengarah John Krasinski dan isterinya yang sebenar Emily Blunt sebagai pasangan suami isteri yang berusaha untuk melindungi keluarga mereka daripada makhluk asing buta yang menjejaki mangsa mereka menerusi bunyi.

Komedi STX ‘I Feel Pretty’, yang dibintangi Amy Schumer sebagai seorang wanita pemalu yang mengalami kecederaan kepala dan kemudian melihat diri sebagai amat cantik sekali, menduduki tempat keem-pat dengan AS$5.1 juta.

Di tempat kelima adalah ‘Rampage’, daripada Warner Bros, dengan AS$4.6 juta.

Filem itu mengikuti Dwayne Johnson sebagai seorang pakar primatolog­i yang berkawan dengan seekor gorila albino, yang membesar hingga ke saiz begitu besar sekali selepas satu eksperimen yang tidak menjadi sebelum ia bergabung dengan Johnson untuk menentang raksasa yang menyerang bumi.

Melengkapk­an 10 filem teratas pada hujung minggu lepas adalah ‘Tully’ (AS$3.28 juta), ‘Black Panther’ (AS$3.25 juta), ‘Truth or Dare’ (AS$1.89 juta), ‘Super Troopers 2’ (AS$1.87 juta) dan ‘Bad Samaritan’ (AS$1.76 juta).

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR yang diambil pada 23 April 2018 ini menunjukka­n Scarlett Johansson tiba untuk tayangan perdana dunia filem‘Avengers: Infinity War’di Hollywood, California.‘Avengers: Infinity War’mempamerka­n semula kekuatanny­a apabila berjaya mengaut AS$114.8...
— Gambar AFP GAMBAR yang diambil pada 23 April 2018 ini menunjukka­n Scarlett Johansson tiba untuk tayangan perdana dunia filem‘Avengers: Infinity War’di Hollywood, California.‘Avengers: Infinity War’mempamerka­n semula kekuatanny­a apabila berjaya mengaut AS$114.8...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia