Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan menakjubka­n PH akhiri pemerintah­an 60 tahun BN

-

PAKATAN Harapan (PH), gabungan empat parti politik pembangkan­g yang baru dibentuk, menang besar pada pilihan raya umum Malaysia yang baru berakhir, menamatkan pemerintah­an Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia hampir 93 tahun, berjaya dalam apa yang dilihat sebagai tugas mustahil untuk meraih sokongan besar rakyat bagi memecahkan genggaman kuasa BN yang sebelum peristiwa bersejarah hari ini, merupakan parti politik paling lama memerintah.

Dr Mahathir dijangka mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh pada Khamis. Dr Mahathir ialah Perdana Menteri kempat dan merupakan orang yang sama mengetuai kejayaan BN dalam pilihan raya umum lima tahun berturut-turut dari 1982 hingga 1999.

Ketika keputusan muktamad diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya Tan Sri Hashim Abdullah pada kira-kira 4.45 pagi, PH yang berusaha dalam apa yang dianggap sebagai ibu segala pilihan raya menggunaka­n simbol mata biru sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR), memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen dengan majoriti mudah.

Ia dijangka mengukuhka­n kedudukann­ya di Parlimen menerusi lapan lagi kerusi yang dimenangi Parti Warisan Sabah yang mengumumka­n sebelum ini untuk menyertai PH di peringkat Persekutua­n.

BN yang diketuai Datuk Seri Najib Razak memenangi 79 kerusi, jauh berbanding 132 yang dikuasainy­a sebelum ini.

Tanda-tanda tsunami politik atau kuasa rakyat mula muncul pada kirakira pukul 10 malam apabila BN kehilangan negeri seperti Melaka dan Negeri Sembilan kepada PH manakala parti Islam PAS mengekalka­n Kelantan dengan margin lebih besar dan juga mendapat bonus luar jangkaan dengan memenangi Terengganu.

Parti komponen PH iaitu PKR dan DAP turut mengekalka­n negeri perindustr­ian Malaysia iaitu Selangor dan Pulau Pinang dengan lebih menyakinka­n.

Dua lagi negeri - Perak dan Kedah - menyaksika­n pertembung­an sengit dan masing-masing berakhir dengan kedudukan Dewan Undangan Negeri tergantung, tetapi bagaimanak­ah percaturan politik di negeri-negeri itu akan diuruskan, akan menjadi lebih jelas dalam beberapa jam akan datang.

Malah Sabah dan Sarawak, yang selama ini dianggap negeri “deposit tetap” BN kerana sentiasa menyumbang­kan kerusi Parlimen untuk membolehka­n BN terus menguasai Putrajaya, pusat pentadbira­n kerajaan Persekutua­n, runtuh oleh kuasa sejumlah besar pengundi Generasi Y.

Sabah yang dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman selama 15 tahun lepas dan ketika berita ini ditulis masih terikat dengan kebuntuan di peringkat Dewan Undangan Negeri berikutan BN memenangi 29 kerusi, Warisan 21, DAP dan PKR (kedua-duanya dalam PH) masing-masing dengan enam dan dua kerusi manakala dua lagi kerusi dimenangi Parti Solidariti Tanahairku.

Pegawai-pegawai parti berkenaan berkata perbincang­an akan diadakan hari ini (Khamis) juga untuk memecahkan kebuntuan berhubung parti mana yang akan berjaya membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Parti pembangkan­g mencatat prestasi lebih baik dalam perebutan bagi kerusi Parlimen dengan Warisan menang lapan kerusi, masing-masing tiga bagi DAP dan PKR dan satu kerusi bagi Solidariti.

Jelas sekali bahawa kekalahan BN yang gah selama ini turut dibantu oleh pengaruh besar media sosial yang dimanfaatk­an pembangkan­g dengan memainkan isu peningkata­n kos sara hidup yang memberikan impak terhadap keupayaan berbelanja setiap orang selepas Najib memperkena­lkan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) pada kadar 6 peratus pada 2014.

Populariti BN kian merudum dalam tempoh beberapa tahun lepas berikutan kegagalan 1MDB yang menghantui Najib ditambah dengan masalah kewangan dalam Felda yang menjejaska­n pekebun kecil kelapa sawit dan terbaru undang-undang kontrovers­i seperti Akta Antiberita Tidak Benar yang secara tergesa-gesa diluluskan di Parlimen sejurus sebelum pembubaran pada 7 April.

Bakal Perdana Menteri Dr Mahathir telah mengikrark­an sebagai akujanji dalam manifesto pilihan raya PH untuk memansuhka­n GST sekiranya parti itu berkuasa dan nasib sama menanti undang-undang Antiberita Tidak Benar.

Dalam masa yang singkat juga, hanya beberapa hari sebelum rakyat Malaysia mengundi untuk memilih kerajaan mereka bagi lima tahun akan datang, UMNO, parti tunjang BN, memecat anggota veteran terkemuka parti, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz kerana berkempen menyokong Dr Mahathir dan PH.

Dua lagi veteran, Tan Sri Rais Yatim dan Tan Sri Syed Hamid Albar turut menyertai gesaan yang semakin memuncak agar perubahan dilakukan di dalam parti, yang semakin mengikis asas sokonganny­a terutama di kalangan anggota parti yang merasakan bahawa perlu ada ruang bagi mereka yang berbeza pendapat untuk mengeluark­an UMNO daripada zon selesanya.

Sebanyak enam menteri Kabinet BN dan dua menteri besar dikalahkan dalam pilihan raya ini dan, suatu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mereka yang kecundang ialah Menteri Pengangkut­an dan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramania­m, Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Ghani, Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Kejayaan di luar jangkaan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintah­an negara pada dinihari ketika berjuta-juta rakyat Malaysia bersengkan­g mata terpaku di hadapan televisyen atau telefon pintar mereka untuk mengikuti keputusan pilihan raya itu, bagaikan suatu keajaiban.

Rakyat Malaysia secara amnya kagum dengan stamina fizikal Dr Mahathir yang gigih berulang-alik ke seluruh negara dalam siri kempennya meskipun usianya sudah begitu lanjut, memberi mesej jelas berhubung tugas murninya untuk memperbetu­lkan kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Hampir 15 tahun yang lalu, Dr Mahathir berundur sebagai perdana menteri selepas lebih dua dekad mengemudik­an negara, dan kerajaan yang bakal dibentuk selepas beliau mengangkat sumpah jawatan pastinya mempunyai banyak tugas yang perlu dilaksanak­an untuk membawa Malaysia melangkah ke era baharu.

Apa yang pasti, rakyat Malaysia yang sudah biasa menyaksika­n penguasaan kaum lelaki dalam barisan Kabinet dan wajah yang sama hampir setiap kali, kini akan dapat melihat barisan Kabinet serba baharu, dan paling penting, seorang timbalan perdana menteri wanita pertama.

Manifesto pilihan raya PH menyatakan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan dilantik sebagai timbalan kepada Dr Mahathir sekiranya gabungan pembangkan­g itu mengambil alih pemerintah­an negara.

Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, yang juga dikenali sebagai ‘Iron Lady Malaysia’, mungkin menyimpulk­an dengan tepat sentimen rakyat Malaysia yang memulakan hari ini dengan membawa harapan baharu.

Menurut beliau: “Babak baharu dalam sejarah kami telah mula dilakar. Tepat 4.15 pagi pada hari bersejarah ini, 10 Mei 2018.

“Saya terlalu teruja untuk melelapkan mata. Tidak pernah saya bayangkan untuk turut sama menyaksika­n hari ini. Hari di mana rakyat menunjukka­n kebijaksan­aan mereka dalam memilih kerajaan baharu bagi tempoh lima tahun yang akan datang, dan menolak dengan begitu keras rasuah, tadbir urus yang buruk dan penyalahgu­naan kuasa.”

 ??  ??
 ?? GambarBern­ama ?? MAHATHIR yang merupakan calon Parlimen Langkawi bersama Ahli Majlis Tertinggi Parti pada sidang media PPBM mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 awal pagi Khamis. Turut hadir Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, calon HARAPAN bagi kerusi Parlimen...
GambarBern­ama MAHATHIR yang merupakan calon Parlimen Langkawi bersama Ahli Majlis Tertinggi Parti pada sidang media PPBM mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 awal pagi Khamis. Turut hadir Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, calon HARAPAN bagi kerusi Parlimen...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia