Utusan Borneo (Sabah)

Negeri-negeri peroleh kerajaan baharu

-

KUALA LUMPUR: Malaysia baharu, begitulah yang dilihat rakyat negara ini selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) menyaksika­n Pakatan Harapan memperoleh mandat membentuk Kerajaan Persekutua­n dan menerajui lima kerajaan negeri,

Kemenangan Pakatan Harapan, gabungan empat parti politik pembangkan­g (sebelum ini) menamatkan pemerintah­an Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun, sekali gus mencatat sejarah penting negara bahkan menjadi perhatian dunia.

PRU14 menyaksika­n Pakatan Harapan menerajui Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor; BN di Perlis, Pahang dan Sabah; PAS di Kelantan dan Terengganu manakala kerajaan bagi Perak dan Kedah masih belum diketahui berikutan kedudukan Dewan Undangan Negeri (DUN) tergantung.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berusia 92 tahun, mencipta sejarah dunia apabila beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri buat kali kedua dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, Khamis malam.

Rakyat di seluruh negara mengikuti dengan dekat perubahan ini dan berkobar-kobar ingin tahu perkembang­an landskap politik negara untuk mengetahui siapa yang mengetuai kerajaan di Negeri Sembilan Melaka dan Johor; Pahang dan Perlis begitu juga di Perak serta Kedah yang masih mencatur pembentuka­n kerajaan.

Setakat ini, hanya Kelantan yang sudah mempunyai ketua kerajaan selepas Pesuruhjay­a PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua susulan mandat rakyat kepada PAS, yang menang 37 daripada 45 kerusi DUN untuk kekal mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang. Baki lapan kerusi dimenangi BN.

Di Sabah, dua anggota Parti Solidariti Tanah Airku (Solidariti) bergabung dengan BN, yang memperoleh 29 kerusi, untuk menubuhkan kerajaan negeri Sabah, menjadikan jumlah kerusi 31 ADUN bagi membentuk kerajaan negeri.

 ?? GambarBern­ama ?? TAN Sri Musa Aman mengadakan sidang media untuk membentuk kerajaan di bawah Barisan Nasional selepas memperoleh­i 31 kerusi Dewan Undangan Negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
GambarBern­ama TAN Sri Musa Aman mengadakan sidang media untuk membentuk kerajaan di bawah Barisan Nasional selepas memperoleh­i 31 kerusi Dewan Undangan Negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia