Utusan Borneo (Sabah)

Shafie tenang hadapi perubahan politik

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Ketika teka-teki sudah terjawab Barisan Nasional (BN) dengan kerjasama Parti Solidariti Tanah Airku (Star) membentuk Kerajaan Negeri, riak wajah Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal masih kelihatan tenang.

Beliau yang berjaya menawan kerusi Parlimen Semporna dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang berkata beliau tidak lagi kisah tentang angkat sumpah (sebagai Ketua Menteri), sebaliknya apa yang penting adalah Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh.

“Ini bukan tentang Sabah Ubah, tetapi tentang Malaysia Ubah, itu lagi penting,” katanya, sambil tangannya memegang tasbih.

Beliau berkata demikian ketika beramah mesra dengan media, Adun dan penyokong Warisan yang berada di kediamanny­a di Taman Golf View, di sini pada Khamis.

Shafie menyatakan keterujaan­nya menantikan Majlis Angkat Sumpah Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketujuh, selepas dilihat keluar dari bilik perbincang­annya pada kira-kira jam 7.45 malam Khamis.

Beliau mengadakan perbincang­an dengan Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking dan beberapa Adun Warisan sejak awal pagi tadi.

Turut muncul dan mengadakan perbincang­an di kediaman beliau adalah Pemangku Presiden Parti Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Bersatu (Upko) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Setiausaha Agung Upko Datuk Donal Peter Mojuntin.

 ??  ?? SHAFIE dengan tasbih di tangan ketika beramah mesra dengan media dan penyokong yang berada di kediamanny­a pada Khamis malam.
SHAFIE dengan tasbih di tangan ketika beramah mesra dengan media dan penyokong yang berada di kediamanny­a pada Khamis malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia