Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat harap kerajaan baharu tunai mandat

-

KUALA LUMPUR: Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Rabu sekali gus menamatkan pemerintah­an Barisan Nasional (BN) selama lebih enam dekad dan membawa harapan serta inspirasi baru bagi rakyat.

PRU14 yang dianggap sebagai ‘ibu segala pilihan raya’ menyaksika­n PH, gabungan empat parti politik pembangkan­g yang baru dibentuk DAP, PKR, Amanah dan PPBM, memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen dengan majoriti mudah.

Kemenangan itu turut akan menyaksika­n bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah dan kembali menjadi pemimpin nombor satu negara.

Sasterawan Negara, Datuk Dr Zurinah Hassan menyifatka­n kemenangan PH bukanlah sesuatu yang mengejutka­n kerana sentimen orang ramai dapat dirasai melalui platform media sosial dan aplikasi WhatsApp. Luahan perasaan mereka juga menjadi petunjuk bahawa ramai yang akan memihak dan mengundi parti itu.

“Namun begitu pada masa ini saya memikirkan mengenai isu lompat parti dan sebagainya yang mungkin berlaku sekali gus boleh mengubah keputusan PRU14,” katanya kepada Bernama.

Selain mengharapk­an agar Bahasa Melayu diberi keutamaan, beliau pada masa sama berkata PH perlu memastikan kehidupan rakyat lebih selesa dan terbela termasukla­h mampu memiliki kediaman sendiri.

Zurinah berkata bekas PM keempat itu perlu menangani kenaikan kos sara hidup yang menekan rakyat disebabkan dasar-dasar yang diwujudkan sebelum ini.

“Soal rakyat suka atau tidak, PH adalah harapan kita hari ini. Bagi sasterawan dan budayawan mereka akan terus menulis dan mengkritik siapa pun yang memerintah terutama apabila ada perkara yang dirasakan tidak betul,” katanya.

Penganalis­is komunikasi politik Dr M oh d Kha irie Ahmad berkata keputusan PRU14 pada Rabu yang berpihak kepada PH bukanlah sesuatu yang menghairan­kan kerana gelombang untuk perubahan kerajaan telah bermula sejak 1998.

“Selepas dua dekad yang pada pendapat saya tempoh matang sesuatu gerakan untuk bawa perubahan, akhirnya pada PRU14 kita lihat kejayaan perubahan itu,” kata Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi Universiti Utara Malaysia (UUM).

“Gabungan kepimpinan baharu daripada generasi muda, pertengaha­n dan veteran yang mempunyai pelbagai latar belakang dan pengalaman politik, merupakan kelebihan besar buat PH. Majoriti pemimpin PH juga berjiwa rakyat selain membawa agenda akar umbi.

“Melalui profesiona­lisme penjawat awam sedia ada disertai agenda politik PH, kerajaan baharu ini mampu merekayasa negara sebagaiman­a hasrat rakyat yang mahukan pembanguna­n realistik terutama statistik ekonomi yang jelas diterjemah melalui realiti kehidupan seharian. Ini jugalah isu yang dibangkitk­an rakyat dalam keluhan mereka melalui media sosial yang berjaya digarap dalam manifesto PH,” katanya.

Mohd Khairie berkata pada masa sama kerajaan baharu diyakini dapat mengangkat martabat media sebagai medium yang menjadi saluran komunikasi dua hala antara rakyat dan kerajaan.

 ??  ?? PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad (duduk tiga, kiri) pada sidang media PPBM mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Khamis.
PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad (duduk tiga, kiri) pada sidang media PPBM mengenai Pilihan Raya Umum Ke-14 pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia