Utusan Borneo (Sabah)

Upko umum keluar BN

Untuk tubuh kerajaan campuran dengan Warisan

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Upko Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mengumumka­n Upko keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan akan mewujudkan kerajaan campuran dengan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Bercakap pada sidang media di sini pada Khamis, beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Upko.

“Ketika ini, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Upko berada di Sri Gaya dan saya telah berbincang dengan mereka pagi tadi (kelmarin). Apa juga keputusan yang dibuat oleh AMT, kita sama-sama terima.

“Dengan ini, kita berharap sebuah kerajaan dapat ditubuhkan iaitu kerajaan campuran dengan Warisan. Apa juga keadaan sekarang ini akan dapat diatasi dan sebuah kerajaan baharu dapat ditubuhkan. ”

DATUK SERI WILFRED MADIUS TANGAU Pemangku Presiden Upko

“Dengan ini, saya selaku pemangku presiden Upko menyatakan pendirian parti,” katanya.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, sebentar lagi beliau akan ke Istana Negeri untuk menyatakan pendirian parti itu kepada Yang Dipertua Negeri Sabah.

Menurutnya, kelima-lima Adun Upko itu juga akan dipanggil untuk menyatakan pendirian masing-masing.

“Dengan ini, kita berharap sebuah kerajaan dapat ditubuhkan iaitu kerajaan campuran dengan Warisan.

“Apa juga keadaan sekarang ini akan dapat diatasi dan sebuah kerajaan baharu dapat ditubuhkan,” katanya.

Sidang media itu turut dihadiri oleh Setiausaha Agung Upko Datuk Donald Mojuntin, Naib Presiden Upko Tan Sri Wences Anggang, Bendahari Agung Upko Datuk Dr Marcus Mojigoh, Ketua Wanita Upko Datin Dr Jaina Sintian dan Ketua Pemuda Upko Carl Mosoom.

 ??  ?? MADIUS (tengah) bersama AMT Upko semasa mengadakan sidang akhbar.
MADIUS (tengah) bersama AMT Upko semasa mengadakan sidang akhbar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia