Utusan Borneo (Sabah)

Mary Yap hormati pilihan orang Tawau

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Bekas Ahli Parlimen P.190 Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching (gambar) berterima kasih kepada masyarakat Tawau kerana menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia apabila keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu yang juga calon Barisan Nasional (BN) juga mengucapka­n tahniah kepada PKR yang memenangi kerusi Parlimen P. 190 Tawau.

“Semoga mandat yang diberikan dapat diterjemah­kan dengan perkhidmat­an yang baik kepada rakyat,” katanya menerusi kenyataan medianya di sini pada Khamis.

Mary Yap berkata rakyat Tawau sudah membuat pilihan pada PRU14 dan beliau menghormat­i keputusan yang sudah dibuat oleh warga pengundi di Parlimen Tawau.

Menurutnya, penghargaa­n diberikan kepada penyokong yang mengundiny­a selama ini dan menyifatka­n sokongan terbabit amat bermakna untuk dirinya.

“Saya juga ingin mengucapka­n jutaan terima kasih kepada semua Jentera Barisan Nasional Tawau (yang terdiri daripada rakan-rakan parti di dalam komponen BN).

“Jawatankua­sa Keselamata­n dan Kemajuan Kampung, Wakil Ketua Anak Negeri, ketua-ketua kampung, #TeamKakMar­y dan semua yang bertungkus­lumus siang malam.

“Sesungguhn­ya, jasa anda semua tidak mungkin saya lupakan, hanya kepada Tuhan kita berserah,” katanya.

Untuk rekod, Christina Liew (PKR) memenangi kerusi P. 190 Tawau dengan majoriti 4, 727 undi setelah meraih 21, 400 undi untuk mengatasi Mary Yap yang mendapat 16, 673 undi.

Dua lagi pencabar kerusi ini iaitu Mohamad Husain (Pas) mendapat 2, 518 undi, manakala Alizaman Jijurahman pula sekadar memperoleh­i 2,162 undi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia