Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Menteri Melaka angkat sumpah hari ini

-

MELAKA: Ketua Menteri Melaka yang baharu dijangka mengangkat sumpah jawatan selewat-lewatnya hari ini, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka Adly Zahari.

Pengerusi Amanah Melaka itu berkata pada masa ini, PH Melaka masih mengadakan perbincang­an bersama rakan-rakan dalam parti komponenny­a untuk jawatan tersebut.

“Setiap parti (dalam PH) akan kemukakan calon dan kita akan muktamadka­n (calon Ketua Menteri Melaka) dalam masa terdekat, harap hari ini kita buat keputusan.

“Pembahagia­n exco akan dibincangk­an nanti,” kata Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Katil itu pada sidang media di Graha AMANAH Melaka di Bukit Katil di sini pada Khamis.

Turut hadir Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar M oh d Akin yang juga Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya dan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM Mohd Rafiq Naizamohid­een merangkap Adun Paya Rumput.

PH berjaya membentuk kerajaan negeri Melaka melalui majoriti mudah apabila menakluk 15 kerusi DUN Melaka daripada keseluruha­n 28 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Adly berkata PH Melaka fokus untuk melaksanak­an 20 janjinya dalam lima tahun seperti terkandung dalam manifesto dan tawaran pakatan itu untuk negeri Melaka.

“Terima kasih saya ucapkan kepada rakyat atas mandat dan amanah yang diberikan ini, kita akan laksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata pakatan itu berharap peralihan kuasa kerajaan negeri akan dilaksanak­an dalam keadaan teratur dan aman harmoni.

“Kita minta supaya peralihan teratur, sempurna dan minta bantuan polis dan penjawat awam untuk teruskan khidmat mereka dalam dasar yang kita buat,” katanya.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia