Utusan Borneo (Sabah)

Pemangku Presiden Upko jumpa Shafie

Bincang untuk bentuk kerajaan negeri

-

KOTA KINABALU: Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmmogu­n Kadazandus­un Murut Bersatu (Upko) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menemui Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Afdal di kediamanny­a di sini pada Khamis.

Beliau yang diiringi Setiausaha Agung parti Datuk Donald Peter Mojuntin tiba di kediaman Mohd Shafie pada kira-kira 11.30 pagi.

Kedua-dua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu kemudian mengadakan perbincang­an dengan Mohd Shafie di ruang tamu kediaman pemimpin Warisan itu sebelum Madius dan Donald meninggalk­an kediaman Shafie pada kirakira 12.12 tengah hari.

Difahamkan keduadua pihak ada membuat persetujua­n untuk membentuk kerajaan negeri Sabah.

Berikutan itu, Upko akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincang­kan perkara itu termasuk mengesahka­n berhubung perkara itu.

Upko menang lima kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kawasan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14), pada Rabu.

Lima DUN tersebut adalah DUN Kadamaian menerusi Ewon Benedict, DUN Paginatan (Datuk Abidin Madingkir), DUN Nabawan (Datuk Bobbey Ah Fan Bin Suan), DUN Kuamut (Datuk Masiung Banah) dan DUN Kuala Penyu (Datuk Limus Jury).

Satu Parlimen adalah Tuaran yang dimenangi Madius.

Pagi Khamis, Mohd Shafie pergi ke Istana Negeri tetapi tidak dibenarkan memasuki kawasan istana.-

“Kedua-dua pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) itu kemudian mengadakan perbincang­an dengan Mohd Shafie di ruang tamu kediaman pemimpin Warisan itu sebelum Madius dan Donald meninggalk­an kediaman Shafie pada kira-kira 12.12 tengah hari. ”

 ??  ?? PEMANGKU Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau tiba bersama Setiausaha Agung Upko Datuk Donald Peter Mojuntin di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Taman Golf View, Penampang pada jam 11.30...
PEMANGKU Presiden Upko Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau tiba bersama Setiausaha Agung Upko Datuk Donald Peter Mojuntin di kediaman Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Taman Golf View, Penampang pada jam 11.30...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia