Utusan Borneo (Sabah)

BN Sarawak peroleh 19 kerusi Parlimen, kurang enam berbanding PRU13

-

KUCHING: Barisan Nasional (BN) memperoleh 19 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14, kurang enam kerusi berbanding PRU13, manakala DAP menambah satu kerusi menjadi enam dan PKR menokok tiga kerusi menjadi empat.

Daripada 19 kerusi BN itu, PBB memenangi 13 kerusi, manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) kekal dengan keputusan mengecewak­an apabila kalah enam daripada tujuh kerusi yang ditandingi­nya, Parti Rakyat Sarawak (PRS) menang tiga daripada enam yang dimilikiny­a sebelum ini, dan Parti Demokratik Progresif (PDP) dua.

Kekalahan satu kerusi Parlimen oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) di Puncak Borneo amat mengejutka­n kerana parti itu tidak pernah kalah biar satu kerusi sekalipun sejak 30 tahun, walaupun PRU ini menyaksika­n ia menang 13 kerusi.

Keseluruha­n keputusan di Sarawak sememangny­a amat mengejutka­n kerana ia dilihat tersasar daripada jangkaan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang begitu yakin dengan keupayaan BN negeri untuk menambah kerusi Parlimen daripada 25 pada PRU13, kepada 28 pada PRU ini.

Pertanding­an paling sengit pastinya terarah kepada pertembung­an satu lawan satu antara Pengerusi DAP Chong Chieng Jen dengan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian, yang akhirnya menyaksika­n Dr Sim tewas, dan kini SUPP hanya mengekalka­n satu kerusi di Serian yang dimenangi Datuk Seri Richard Riot.

Hanya beberapa hari sebelum hari penamaan calon, PRS mengambil langkah drastik memecat dua anggota Parlimenny­a di Selangau dan Lubok Antu, dan natijahnya menyaksika­n parti itu tumbang di keduadua kawasan berkenaan.

Satu lagi kerusi yang terlepas oleh PRS ialah kerusi Parlimen Julau yang menyaksika­n Setiausaha Agungnya Datuk Joseph Salang Gandum, mewakili kawasan Parlimen itu selama empat penggal, kalah kepada calon Bebas Larry Sng Wei Shien, bekas anggota PRS.

PDP pula kalah mengejut di kawasan Parlimen Mas Gading, dan satu lagi di kawasan Parlimen Saratok, yang sebelum ini diwakili Tan Sri William Mawan Ikom, sebelum beliau bertindak keluar parti dan menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras), namun kembali sebagai calon ‘tanpa parti’ untuk bertanding atas tiket BN pada pilihan raya negeri lalu.

Sementara itu melihat kepada beberapa laporan media tempatan mengenai pelbagai isu yang dikaitkan dengan Genot @ Jeannoth Sinel, kekalahan PBB di Puncak Borneo boleh disimpulka­n berpunca daripada pemilihan calon yang tidak tepat.

Keputusan pada Rabu memberikan tamparan hebat kepada Abang Johari, yang baru pertama kali menerajui BN Sarawak untuk menghadapi PRU, dengan melihat kepada keputusan lebih baik pada PRU13 di bawah teraju Ketua Menteri ketika itu Tun Abdul Taib Mahmud (kini Yang Dipertua Negeri Sarawak).

PRU13 menyaksika­n BN memperoleh 25 kerusi, berbanding DAP lima dan PKR satu.

Selepas tampuk kepimpinan negeri Sarawak berpindah kepada Allahyarha­m Tan Sri Adenan Satem, beliau berjaya mengukuhka­n sokongan rakyat negeri pada pilihan raya negeri (PRN) 2016, apabila BN membolot 72 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi­nya, berbanding 55 daripada 71 kerusi yang ditandingi­nya pada PRN 2011.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia